Bab 24

1K 68 19
                                    

Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰ 

Wajah tidur Iman yang masih nyenyak  ditatap dalam - dalam oleh Ain pagi itu. Senang dapat melihat wajah itu setiap kali bangun pagi. Ain benar - benar bahagia sekarang ni. Hmm tak sangka dia masih dapat merasakan ini semua. Tanpa dipinta, air matanya gugur pada pagi itu. Tak tahu kenapa dia terlalu emosi pula pagi - pagi ni. Pembawakkan budak ke ?

Pipi Iman mula diusap perlahan oleh Ain.

" Hmm masih adakah kesempatan untuk aku tatap wajah Iman macam ni lagi untuk hari esok dan seterusnya ?" hatinya berbisik kecil.

Hatinya terasa sedikit tidak sedap. Rasa seperti sesuatu yang besar akan belaku. Malapetaka lagi kah ?

Tetiba Iman bergerak kecil seraya matanya dibuka perlahan. Wajah sang isteri ditatap dalam keadaan mamai. Namun lama kelamaan dia menyedari akan ada air mata yang mengalir pada pipi Ain waktu itu. Iman menggosok kecil matanya.

" Kenapa ni sayang ? Perut rasa sakit ke ?" soal Iman bersama suara seraknya.

Ain mendiamkan diri. Tidak tahu ingin menjelaskan pada Iman. Dia hanya mahu memandang wajah Iman terus menerus.

Lantas  Iman menarik Ain masuk ke dalam dakapannya. Dipeluk erat tubuh isterinya itu.

" Kenapa sayang ? Pagi - pagi lagi dah nangis ni ? Hmmm ? Mimpi buruk ke ?" bisik kecil Iman sambil tangannya mengusap kecil belakang Ain. Cuba menenangkan Ain sebenarnya.

Ain tersedu sedan jadinya di dalam pelukan itu.

" Ain takut.."gumam perlahan Ain.

" Hm takut ? Takut apa sayang ?"

" Tak tahu.."

" Hmm tak apa...jangan takut...Iman akan selalu ada dengan Ain...Iman akan tenangkan Ain tiap kali rasa takut tu ada..."bisik Iman sambil diusap - usap belakang Ain. Dia juga tak henti - henti mencium ubun - ubun Ain saat itu.

Ain mengangguk kecil di dalam dakapan Iman saat itu. Tangisannya juga makin reda. Dia terasa amat nyaman di dalam pelukan Iman.



Tiupan angin pantai yang sepoi - sepoi bahasa mula menenangkan hati Ain waktu itu. Akibat emosi yang agak terganggu hari ini, Iman ambil cuti semata - mata nak bawa Ain ke pantai untuk tenangkan Ain. Sungguh romantis ya Iman yang sekarang. Sayang sungguh dia pada Ain.

Iman telah menghamparkan sebuah tikar untuk Ain duduk sambil kakinya dilunjurkan ke hadapan. Setelah itu sengaja Iman cari pokok rendang yang boleh dibuat tempat bersandar untuk Ain. Sedikit makanan juga telah disediakan oleh Iman. Alang - alang dah ke pantai, kita berkelah sekali lah kan ?

Ain hanya memandang jauh ke tengah pantai. Hmm tenangnya tengok pantai. Rasa lapang dada ni. Semua masalah macam hilang. Iman pula hanya asyik memandang Ain yang daripada tadi leka tengok pantai. Iman menongkat dagu buat seketika.

" Comel aje isteri aku ni..." bisik hatinya.

Lega Iman tengok Ain macam seronok sikit lepas datang pantai. Hmm entah apa lah yang ditakutkan sangat pagi tadi ?

Menyedari akan Iman yang terus menerus memandangnya, Ain mula mencubit pipi Iman.

" Aduh ! " mengaduh Iman lantas tersedar dari lamunan.

Ain tertawa kecil melihat Iman yang tergosok - gosok pipinya.

" Kenapa tengok Ain sampai nak tembus belakang pokok ni ?"

" Hahaha tak lah...mana ada...Iman tengok awek  belakang pokok tu...cantik sangat !"

" Hah awek ? Mana ?" tertoleh - toleh Ain ke belakang mencari si ' Awek ' yang digambarkan oleh Iman itu.

Hidden Love Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora