Bab 13

1K 80 12
                                    


Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰


Curahan demi curahan air shower telah membasahi tubuh Iman. Iman terduduk di atas lantai bilik airnya. Dia termenung jauh memikirkan segala hal yang kini telah membebani hidupnya. Ya Allah kenapa semuanya jadi macam ni ? Ni bukan lah plan asal aku.   Ain tak boleh mengandungkan anak aku !

Aku tak nak jadi pengkhianat. Aku seharusnya balas dendam di atas kematian abang Aiman. Bukannya biarkan Ain mengandungkan anak aku.

Iman mula meramas kuat rambutnya. Seakan hendak tercabut kepala dibuatnya memikirkan ini semua.

Patut ke aku suruh perempuan tu gugurkan aje anak tu ?

Hmm Iman agak terbatas hendak memarahi Ain tadi waktu Ain bagitahu yang dia mengandung disebabkan ibu dan ayah mentuanya ada di rumah mereka malam ini. Tunggu saja esok lepas diaorang dah balik. Aku akan settlekan dengan Ain.

Sempat juga Iman memberi pesan agar Ain tidak memberitahu kepada sesiapa pun akan kandungannya. Iman tidak mahu sesiapa antara keluarganya atau keluarga Ain yang bahagia di atas kandungan itu.

Setelah hampir sejam setengah Iman berkurung di dalam bilik air akhirnya dia mula keluar juga. Iman melangkah perlahan keluar. Dirasakan ruang biliknya agak sunyi kini. Hmm mana perempuan tu ? Dia ada dekat luar ke ?

Baru saja beberapa tapak, Iman mula terpandangkan Ain yang terlelap di atas sofa yang ada di dalam biliknya.

Iman mula mendekati Ain dengan lebih dekat. Dia mula merenung wajah Ain yang agak sembap dek kerana hanya menangis daripada tadi. Selepas itu pandangan Iman mula terarah ke perut Ain pulak.

" Anak aku ada dekat situ  ? " Iman tidak mengerti sebenarnya dengan perasaan dia sendiri. Kekadang dia rasa tak boleh nak terima langsung kandungan tu tapi dalam masa yang sama dia agak terharu kerana dia bakal menjadi seorang ayah...Ya Allah..dilema apakah ini ?

" Hachumm ! " Iman bersin tiba - tiba. Ahh sudah nak selsema pula lah ni aku. Iman menggosok hidung mancungnya kasar.

Setelah itu dia menapak ke arah katilnya. Direbahkan tubuhnya di situ. Langsung tidak ambil peduli akan Ain yang hanya tidur tanpa selimut di atas sofa itu. Hmm Iman...Iman...kau memang tak berhati perut langsung eh ?




Setelah selesai breakfast, umi dan ayah mula bersiap hendak balik ke rumah mereka semula. Ain dan Iman mula berjalan beriringan dengan umi dan ayah. Eh Iman tak kerja ke hari ni ? Hmm tak...dia tak sihat pulak hari ni. Selsema pulak haih. Tu lah gatal lagi kurung diri dalam bilik air semalam.

" Umi...ayah balik dulu tau..." kata Maryam.

" Baik Umi...ayah balik elok - elok..." kata Ain mula menyalam tangan dan memeluk tubuh uminya.

Maryam membalas pelukan tersebut. Ain memeluk lama tubuh uminya seakan - akan tidak mahu dilepaskannya. Dia seakan - akan hendak meminta sedikit kekuatan daripada uminya.

" Umi...doakan Ain ya...doakan kandungan Ain kuat macam Ain kuat selama ni.." desis hati Ain yang agak terkilan kerana tidak dapat memberitahu uminya akan berita bahagia ini dek kerana arahan Iman.

" Amboi - amboi anak dara umi ni manja sungguh...peluk tak mahu lepas..." kata Maryam sambil diusap - usap belakang Ain.

Iman hanya tayang wajah menyampah. Hmm saja nak cari muka lah tu.

" Hah Iman.." seru Zaidan pula mematikan wajah menyampah Iman.

" Ya ayah ? "

" Kamu jaga elok - elok anak ayah ni ya... kalau dia nakal...kamu tarik aje telinga dia..." kata Zaidan sempat berseloroh. Hmmm jangan kata tarik telinga ayah. Lebih dari tu lagi Ain dah rasa. Hmm kena tampar !

Hidden Love Where stories live. Discover now