Bab 11

1K 78 9
                                    

Sejak malam pertelingkahan Ain dan Iman. Mereka masing - masing tidak menyapa. Ain juga mula mendiamkan dirinya. Iman apatah lagi. Memang terus menerus mengelak dan tidak pernah mahu menyelesaikan masalah langsung.

Ain mula menarik laci meja yang bersebelahan katilnya. Tak sampai beberapa saat dia menarik keluar sebuah kotak jam tangan. Ain membuka kotak tersebut, mulalah terpampang seutas jam tangan lelaki.

" Hmm agak - agak kalau aku pulangkan balik jam tangan ni dekat dia...dia masih ingat aku tak eh ? " gumam Ain sedih.

Baru saja Ain selesai menunaikan solat tiba - tiba dia mendapat pesanan ringkas daripada Aiman. Ain sedikit gugup. Kenapa abang Aiman tiba - tiba hantar mesej dekat dia sedangkan diaorang dah lama tak contact atau berjumpa sama sekali sejak kejadian tempoh hari ?

Dengan penuh debaran Ain membuka mesej tersebut.

Kalau Ain tak datang...abang Aiman akan pergi buat selama - lamanya...Ain jangan menyesal

Ain sedikit tersentak ! Apa maksud abang Aiman ni ? Dengan pantas Ain cuba membuat panggilan kepada Aiman. Dalam beberapa saat panggilan dijawab.

" Hello abang Aiman ! Abang Aiman dah kenapa ? Jangan buat kerja  gila boleh tak ?! " bentak Ain dihujung talian.

" Abang tak sanggup...abang tak sanggup untuk hidup tanpa Ain..abang rasa abang patut mati aje Ain..." adu Aiman dihujung talian juga.

Ya Allah. Abang Aiman dah betul - betul hilang pertimbangan nampaknya.

" Abang please jangan macam ni....tunggu Ain...Ain datang sekarang dekat abang....abang dekat mana cuba bagitahu Ain..." putus Ain akhirnya.

Tut...tut...

Panggilan dimatikan oleh Ain setelah mendapat tahu akan lokasi Aiman berada. Dia segera bersiap untuk menghentikan segala tindakan bodoh yang bakal dilakukan oleh Aiman itu.

Ain berangkat dengan menggunakan grab car masa tu. Pada mulanya perjalanannya agak lancar namun tiba - tiba kereta yang dinaikinya mengalami kerosakan. Ain terpaksa turun untuk mencari kenderaan lain. Ain mula berlalu mendekati bas stop yang berdekatan.

Baru saja hendak memesan grab car yang lain tiba - tiba berlaku satu kemalangan berdekatan tempat tunggu Ain tersebut. Lebih malangnya lagi itu adalah satu pelanggaran lari. Terbantut terus Ain hendak membuat panggilan grab car.

Lagi pula kawasan tu agak sunyi. Tiada satu orang pun yang dapat menolong mangsa kemalangan yang menaikki superbike waktu itu melainkan Ain. Ain jadi serba salah dan mula mengatur langkah untuk memberikan bantuan.

Tok ! Tok !

Pintu bilik Ain diketuk lantas lamunan Ain pun terhenti. Ain mula menyimpan semula jam ditangannya tadi. Dia mula mengorak langkah mendekati pintu biliknya. Pintu bilik dibuka perlahan.

" Makanan tengah hari dah siap...jom makan Ain ? " ajak Aida.

" Oh Aida...hah okay - okay jom..." Ain mula keluar seraya berjalan seiringan dengan Aida.

•·•·•·•·•·•·•·•·•·••·•·•·•·•·•·•·•


Seorang gadis yang agak cantik persis model mula mengatur langkah ke arah Luthfi. Senyuman lebar juga dihadiahkannya kepada Luthfi daripada jauh lagi.

Luthfi hanya setia menanti gadis tersebut mendekati dirinya dengan tenang.

" Hai abang Luth ! " teriak Helena lalu meraih tangan milik Luthfi.

" Ewah - ewah...dah tak ada salam ke budak kecik ? " soal Luthfi seraya menarik telinga Helena saat itu.

" Aduh...ishh abang Luth ni ! Sorry lah..ermm Assalamualaikum abang Luth ku sayang ! Hello adik dah besar lah...bila masa adik still budak kecik abang ? " getus Helena.

Hidden Love Where stories live. Discover now