Bab 16

1.2K 87 19
                                    

* Disuggestkan baca chapter ini dgn lagu di atas ya ! *


Hidden Love

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Iman melangkah longlai memasuki rumahnya. Masuk - masuk aje ke dalam rumah dia dapat melihat bayangan Ain yang datang menerpa dirinya seperti selalu menyambut kepulangannya.

" Iman  dah balik ?"

Namun Iman tidak pernah menyahut dengan baik setiap kali Ain bertanya.

" Tepi lah ! Kau ni menyemak aje lah. Tak payah nak sambut - sambut aku bagai lah.."bentak Iman masa tu.

Selepas itu dia hanya meninggalkan Ain seorang diri di situ. Tanpa sikit pun mengerti akan perasaan Ain masa tu.

Iman menyeka air matanya. Kini tiada lah Ain untuk menantikan kepulangan dirinya. Hanya suasana sunyi dan kosong saja yang menemani dirinya. Itu kenyataan yang sebenar.

Iman akhirnya membawa langkahnya naik ke atas. Tidak betah terus menerus dibayangi oleh bayangan Ain. Hatinya pilu dan sakit sangat - sangat.



Iman membersihkan dirinya seketika. Dia kehujanan tadi dan sekarang mula lah nak rasa demam pulak. Haish. Kalau kau sakit Iman, dah tak ada yang nak jaga kau Iman. Lain lah dulu Ain ada. Walaupun banyak kali kau menolaknya, dia tak pernah berkeras untuk jaga kau Iman.

" Iman makan bubur ni pastu makan ubat...."kata Ain yang cuba memujuk Iman masa tu.

" Hmm tak nak ! Aku tak suka lah makan ubat...." bentak Iman dalam keadaan memejam mata. Dia demam panas juga masa tu.

Ain hanya menggeleng. Macam budak kecik Iman ni bila dia demam. Siapa aje yang tahan layan kerenah budak - budak dia ni kalau bukan Ain ?

Ain menarik tangan Iman walaupun mungkin akan ditepisnya.

" Muhammad Nur Iman...please makan ubat..." Ain tidak pernah berhenti memujuk.

" Hmm tak nak..."

" Okay fine...Ain call mama..."

Dengar saja mama disebut, Iman pantas mengalah. Dia malas kalau berkaitan mama pasti saja mama akan bising dah tu mesti paksa dirinya pergi hospital terus.

Akhirnya Iman makan juga bubur tersebut tapi disuap oleh Ain sebab Iman betul - betul tak larat nak makan sendiri masa tu.

" Ain...siapa nak suap Iman bila Iman sakit lagi nanti ?" gumam Iman perlahan sebak.



Iman mula merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia agak keletihan hari ni. Letih menerima segala kenyataan yang bertubi - tubi. Mungkin ini balasan untuk dirinya yang penuh dengan penyesalan akhirnya.

Tiba - tiba Iman melirih ke arah meja lampu di sisi kanan katilnya. Dia terpandangkan akan sebuah kotak jam dan juga sepucuk surat. Dia baru teringat yang malam sebelum kejadian, Ain ada cakap nak bagi dia dua benda tu tapi dia hanya menyuruh Ain meninggalkan itu semua di dalam biliknya.

Iman mula bangun dan mengesot sedikit untuk mencapai benda - benda tersebut. Seketika dia bersandar di kepala katil. Iman membuka perlahan - lahan kotak jam tersebut. Iman tersentak kecil.

" Jam tangan aku..."

Tiba - tiba Iman teringatkan sesuatu. Di mana waktu dia sedar dulu selepas kemalangan jalan raya dulu.

Hidden Love Where stories live. Discover now