Hari ini merupakan hari pernikahan Zain dan juga Fiqa. Ramai tetamu hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan pasangan itu.
Sarah buntu. Dia nak pakai baju apa eh? Takkan nak pakai baju yang Ziyad bagi semalam... nanti tersama. Dah orang cakap mereka ada apa-apa hubungan yang istimewa.
Kalau ada hubungan pun, hanyalah sekadar rakan. Mahukan hubungan istimewa sebelum nikah? Tiada dalam kamus hidup Sarah Sofea.
Trauma dia hendak mendekati lelaki lain tanpa ikatan yang sah. Disatukan di dalam ijab kabul, berwalikan ayahnya dan disahkan oleh saksi.
Itu barulah hubungan istimewa, hubungan yang halal dan yang paling penting ialah hubungan yang diredhai oleh Allah SWT.
Dia mengikat rambutnya lalu dia mengambil baju kurung moden berwarna baby blue. "Pakai jelah, dah orang belikan... kan?" Dia menilik baju itu atas bawah.
Tak tipu, baju itu sangat cantik.
Sarah meletakkan baju itu di atas katil lalu laju langkahnya ke bilik air. Mandi!
***
Sudah pukul 10 pagi, tok imam juga sudah sampai. Disebabkan Fiqa merupakan anak yatim piatu, majlis semua dilakukan di rumah keluarga Zain. Segala perbelanjaan ditanggung seratus peratus oleh keluarga Zain.
"Ziyad... aku nak kahwin dah weyh. Oh my Allah! Tak percaya!" Ziyad menjentik dahi Zain yang gelabah bak anak dara. "Takyah nak gedik sangat, cepat pakai songkok." Ziyad menghulurkan songkok yang baru dibeli semalam.
"Pakaikan, tangan aku sakit tiba-tiba."
"Ah kau mengada, pakai cepat."
"Alah kalini je Yad... lepasni aku mintak wife aku yang pakaikan. Bolehlah abang kembar ku yang handsome." Ziyad menjeling tajam wajah Zain. Tak sah kalau tak mengada adik kembar dia ni!
"Bro..."
"Hm?"
"Kau paksa Sarah tidur sini... ke... dia memang nak tidur sini?" Ziyad membetulkan butang baju melayu Zain. Kemudian dia terus duduk di birai katil.
YOU ARE READING
Ziyad Hayder ✔️
RomanceCOMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I da...