Chapter -49

11.9K 997 21
                                    

SARAH menggenggam tangan Datin Rosa untuk mencari kekuatan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SARAH menggenggam tangan Datin Rosa untuk mencari kekuatan diri. Entah kenapa dadanya terasa sebak, rasa mahu menangis sepanjang masa. Dia melihat Ziyad yang sedang mengeluarkan kad pengenalan itu.

"Nak kahwin dah duda ni." Isaac berkata perlahan dan didengari oleh Zain. "Ni kalau anak berderet, mampus. Aku yang kena jaga sia."

"Kau jagalah anak kau sendiri, apahal nak jaga anak orang pula?" Soal Isaac kehairanan. Zain garu kepalanya, "anak Ziyad anak aku. Senang je aku nak gula-gulakan anak dia nanti kalau dia tak ada, muka kitaorang sama." Zain berkata dengan nada berlagak.

"Budak tu pun nanti tak hingin lah pakcik macam kau, sewel. Aku kesian dekat anak-anak kau nanti, dapat ayah dah terputus wayar bumi." Zain cubit paha Isaac sekuat-kuatnya. Isaac gigit bibirnya agar dia tidak menjerit. Naya kalau menjerit, maruah nanti jatuh macam tu je!

"Kita dah boleh mula." Ucap Tok Kadi yang berada dihadapan Ziyad. Isaac terus tepuk lutut Zain tanda menyuruh jejaka itu untuk senyap sebentar. Ini adalah saat yang dinanti-nantikan!

Ziyad pejamkan matanya sebelum dia menghela nafas berat. Dia kerling Sarah yang berada di atas pelamin itu. Gadis itu sedang merenung bunga yang dipegangnya.

Ziyad menyambut huluran tangan Tok Kadi tersebut sambil saliva diteran perit.

"Tuan Ziyad Hayder Bin Tuan Muhammad."

"Kamera! Kamera! Rakam ni!" Bisik Zain sambil mengarahkan Isaac untuk mengeluarkan telefon agar jejaka itu merakam detik-detik pernikahan Ziyad.

"Aku."

"Berhenti!" Ziyad dan Tok Kadi angkat wajah mereka. Sama-sama bingung kerana Isaac tiba-tiba sahaja menjerit agar mereka berhenti.

"Okay nice! Sambung, hehe." Isaac buat muka tak bersalah setelah dia selesai menangkap gambar Ziyad yang sedang serius memandang wajah Tok Kadi. Ziyad terus ketap giginya kuat, geram dengan kelakuan Isaac sebentar tadi. Tok Kadi sudah geleng kepala. Macam-macam perangai.

"Minta maaf ya tok, anak saya memang macam itu." Ujar Dato' Hashim. Tok Kadi gelak perlahan, "tak apa, faham. Budak zaman sekarang memang suka bergurau!" Dato' Hashim senyum sahaja.

"Kita mula sekali lagi, boleh Ziyad?" Ziyad anggukkan kepalanya tanda setuju. Tok Kadi pandang pula wajah Isaac, "Zek, boleh kita mula Zek?"

"Semestinya boleh!" Jawab Isaac bersemangat.

"Tuan Ziyad Hayder Bin Tuan Muhammad."

"Aku."

"Aku nikahkan akan dikau dengan Sarah Sofea Hashim Binti Abdullah yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya RM500 ringgit dan sebentuk cincin tunai." Tok Kadi goncang tangan Ziyad.

Ziyad tarik nafas dalam.

"Aku terima nikahnya Sarah Sofea Hashim Binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM500 ringgit dan sebentuk cincin tunai." Ziyad goncang tangan Tok Kadi pula.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now