Chapter -57

8.3K 498 9
                                    

TIBA di rumah keluarga Uwais, Sarah jadi gementar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIBA di rumah keluarga Uwais, Sarah jadi gementar. Dia genggam tangan suaminya itu. Ziyad yang baru sahaja hendak keluar dari perut kereta terhenti pergerakkannya. Dia lihat wajah cuak Sarah.

"Kenapa ni sayang?" Soal Ziyad kehairanan. Sarah gelengkan kepalanya. Makin kuat cengkaman pada tangan Ziyad.

"Sarah malulah abang," ujar Sarah. Ziyad kerutkan dahinya.

"Malu? Why?"

"Abang tengok kawan-kawan abang." Ziyad lihat jejaka-jejaka tampan yang sedang sibuk mengambil gambar. Kemudian dia lihat Sarah semula.

"Okay... why?"

"Semua hensem-hensemlah abang! Sarah malu!" Ziyad mengekek ketawa. Aduhai isteriku. Ziyad usap kekura tangan Sarah sambil berbisik.

"Abang ke... kawan-kawan abang yang lagi hensem?"

"Abanglah paling hensem! Tapi... tapi... diaorang hensem tu! Malulah!"

"They don't bite for sure," ujar Ziyad. Masih lagi mengekalkan ekspresi tenang. Sarah gigit bibirnya kemudian dia lihat Ziyad. Mata bundarnya itu tepat memanah mata Ziyad.

"Auch.. don't look at me like that butterfly." Ziyad sentuh dadanya. Rasa terpanah dengan asmara cinta. Wajah Sarah memerah kerana malu.

"Sarah malu, macam mana ni abang?"

"Sorok bawah ketiak abang." Sarah pukul lengan Ziyad. Orang tengah serius, boleh dia main-main? Ziyad terkekeh ketawa.

"Kenapa ni sayang? Sudahlah dengan malunya tu. Abang ada. Bukannya sayang pergi sorang, sayang pergi dengan abang. Ouh come on butterfly." Ziyad cuit dagu Sarah. Dia terus keluar dari perut kereta dan membuka pintu bahagian belakang.

"Little lion, wake up." Ziyad tepuk perlahan bahu Eryan. Eryan terpisat-pisat bangun. Ziyad terus tarik Eryan masuk ke dalam pelukkannya.

"Don't cry. Daddy already told you right? A man cannot cry for anything useless," ujar Ziyad sambil dia usap belakang tubuh Eryan. Eryan gosok matanya kemudian dia melihat rumah agam yang berada di hadapan matanya.

"Where are we?" Soal Eryan.

"Rumah ayah Uncle Ilham." Ziyad letakkan Eryan ke bawah.

"Wait for me. I will go and get your mama." Ziyad berlalu pula ke bahagian penumpang hadapan. Dia bukakan pintu buat Sarah kemudian hulurkan tangannya.

"Come on queen." Sarah sambut tangan suaminya itu sambil menahan rasa nak menjerit. Ziyad tutup pintu kemudian dia lihat penampilan Sarah. Ziyad betulkan tudung Sarah. Ditarik bagi labuh agar menutup dada isterinya itu.

"Abang punya, jangan bagi orang nampak," ujar Ziyad kemudian dia genggam tangan Sarah. Mereka jalan bersama-sama dan mendapatkan Eryan. Entah mungkin mood Eryan kurang baik, dia mahu didukung.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now