ZIYAD menggenggam stereng kereta. Sedari tadi dia tidak boleh fokus memandu. Fikirannya selalu sahaja melencong memikirkan Sarah.
Hanya Sarah Sofea! Sarah Sofea! Sarah Sofea!
Argh, Sarah sudah buat dia gila. Ziyad hantukkan kepala di stereng kereta. Hantuk banyak kali biar sampai fikiran dia boleh lupakan Sarah buat sesaat.
Namun di situasi Sarah pula, dia memandu sambil menangis. Tersedu-sedan dia menangis. Ziyad memang betul-betul tinggalkan dia!
Hubungan mereka masih lagi baru tapi... Ziyad sudah tinggalkan dia. Atas alasan, jejaka itu sudah tidak mampu untuk menanggung Sarah.
Munasabah ke alasan macam tu?!
Sarah berhenti di lampu isyarat. Gear di tukar ke neutral lalu dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Menangis dan terus menangis.
Pon! Pon! Pon!
Sarah tidak endahkan bunyi hon itu. Dia menekup wajahnya. Terhinjut-hinjut bahunya.
"Stupid! Apa masalah dia ni?!" Isaac keluar dari perut keretanya lalu dia mendekati kereta Sarah. Cermin kereta Sarah diketuk.
Sarah perlahan-lahan memandang ke sebelah. Terkebil-kebil dia memandang Isaac di luar keretanya itu. Tangan jejaka itu mengarahkan dia untuk jalan.
Mujur sahaja tidak ada kenderaan lain selain daripada mereka berdua.
Sarah dongakkan kepalanya memandang lampu isyarat. Ya tuhan! Sudah hijau! Kenapa dia tidak perasan? Dengan cepat Sarah menukar gear dan mula memandu.
Isaac menggelengkan kepalanya. "Apa kau dah buat ni Tuan Yad. Teruk budak Sarah tu.." Isaac terus berlalu ke keretanya dan mengikut dari belakang kereta yang dipandu oleh Sarah.
***
"NAK tisu lagi?" Soal Isaac. Selepas kejadian Isaac terserempak dengan Sarah di atas jalan raya itu, Isaac mengikut Sarah sehingga ke rumah.
Dan tak sangka pula dia terpaksa menjadi tempat gadis itu meluah perasaan. Mereka tidak berdua di luar, ada bodyguard yang memerhatikan tindak-tanduk mereka.
"Isk isk... Ziyad bodoh, gila, sewel, bangang." Isaac menahan dirinya daripada ketawa kerana dia tahu ketawa bukanlah perkara yang dibenarkan buat masa sekarang.
Sarah mengambil lagi tisu yang dihulur oleh Isaac. "Ziyad gila! Orang tua tak sedar diri! Dia ingat dia duda tu hot sangat ke?! Sedarlah dah tua kerepot!" Jerit Sarah lalu dia menghamburkan lagi tangisannya.
"Sudahlah tu... awak jerit pun, bukannya Ziyad tu dengar." Pujuk Isaac. Dia mengambil tisu lagi lalu dihulurkan kepada Sarah.
"Patut jadi duda, pendirian tak tetap. Patut bini tinggalkan." Isaac menepuk dahinya. Alahai... perempuan kalau dah emosi, memang main lepas je eh bila bercakap?
YOU ARE READING
Ziyad Hayder ✔️
RomanceCOMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I da...