TERMENUNG dan terus termenung. Itulah keadaan Sarah sejak kebelakangan ini. Makan pun tak lalu, keluar rumah pun sudah jarang dan bahkan kelas juga banyak kali dia tidak pergi.
Dato' Hashim memandang wajah isterinya. "Sejak akhir-akhir ni, anak awak selalu tak keluar bilik. Risau lah saya." Ujarnya. Datin Rosa mengeluh perlahan. Bukan tidak setuju, dia setuju dengan pernyataan suaminya itu.
"Kenapa ya dia bang? Saya pun risau juga ni. Selalunya waktu pagi, dah terpacak dia berdiri sebelah saya sebab nak tolong saya siapkan breakfast. Ini, tak ada pula..." Ujar Datin Rosa.
Dato' Hashim mengeluh perlahan. Kalau dia boleh keluar bekerja di pejabat, mungkin dia tidak akan perasan sikap dan keadaan Sarah. Jadi, mungkin dia tidak serisau ini.
"Cuba lah abang pergi ketuk pintu dia." Cadang Datin Rosa. Dato' Hashim memandang wajah isterinya bersama kerutan di dahi, "serius awak suruh abang yang pergi?" Datin Rosa mengangguk.
"Iyalah... abang kan ayah dia. Pergilah.."
"Dan awak tu ibu dia... awak lebih faham perasaan dia macam mana sebab awak dengan dia sama-sama perempuan."
Datin Rosa diam sekejap. "Dia dah betul-betul terima saya sebagai ibu dia?" Soal Datin Rosa.
"Mestilah dah, Rosa. Kalau dia tak terima, tak adanya lah dia nak tolong awak masak apa semua."
"Dia terima saya sebab saya isteri abang. Dia akan anggap saya ibu tiri dia walaupun hakikatnya saya ibu kandung dia abang. Saya yang lahirkan dia..." Air mata Datin Rosa hampir sahaja jatuh namun di tahan.
Dia tahu dia salah. Dan dia yakin bahawa Sarah tidak akan percaya jika kebenaran yang hakiki ini terbongkar. Pasti Sarah akan bencikan dia dan selamanya gadis itu tidak akan berbaik dengan dia.
Puas sudah Datin Rosa fikirkan. Dia mahu Sarah sayangkan dia dan anggap dia adalah ibu kandung Sarah yang sebenar. Bukan Sarah sayangkan dia dan anggap dia adalah ibu tiri.
Kandung dan tiri... berbeza.
"Sudahlah Rosa... jangan fikir apa-apa. Bila sampai masanya nanti, Sarah juga akan tahu. Abang nak pergi tengok Sarah sekejap." Ujar Dato' Hashim.
Kemudian, Dato' Hashim bangun dan terus berlalu ke bilik Sarah yang berada di tingkat atas itu.
***
ZIYAD termenung jauh. Memikirkan apa yang bakal berlaku. Mampu kah dia untuk terus bertahan? Tidak bekerja dan susah untuk dia keluar mencari kerja buat masa sekarang.
Berapa lama lagi Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuat kuasa?
Sekarang sudah masuk bulan Mei. Sudah hampir tiga bulan semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah dan menghadkan kadar pergerakkan mereka di luar rumah.
YOU ARE READING
Ziyad Hayder ✔️
RomanceCOMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I da...