Chapter -31

17.6K 1.6K 95
                                    

"Kau kena berani atasi ketakutan kau tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau kena berani atasi ketakutan kau tu. Daniel dah takde. Dia tak akan berani kejar kau dah. Got it?" Sarah hanya duduk termenung. Menekur lantai.

Ziyad mengusap kepala Eryan yang sudah tertidur di ribanya. "Aku nak hired kau nanti untuk jadi lawyer aku." Sarah memandang Ziyad.

"Kenapa?"

"Dayana nak buka kes perbicaraan tentang hak jagaan Eryan. Aku tak boleh beri dia hak penjagaan walaupun separuh-separuh. Cukup dulu dia dah dera anak ni."

"Kesian Eryan... Kenapa Dayana tergamak nak buat macam tu, you? I curious lah. Eryan is a good boy. Mana-mana orang kalau jumpa Eryan, diaorang akan suka Eryan. Masa mula-mula I jumpa Eryan, I suka dia. Dia peramah sangat-sangat." Sarah menjuihkan bibirnya.

"Bila hati dah tergoda dengan bisikkan syaitan, little girl. Kira elok dia tak bunuh Eryan ni, kalau tak? Aku tak tahu la apa jadi dengan diri aku. Eryan is my life.." Ziyad melepaskan keluhan.

"I'm breathing in this world because of Allah. I need Allah to stay alive, and I need Eryan and you to stay alive too. So please, don't leave me after we get married. Be a good mama to Eryan. He loves you very much, little girl. Really loves you."

Sarah mengemam bibirnya. Rasa gementar apabila Ziyad sudah mula membuka topik tentang 'perkahwinan' itu.

"I takut.."

"Kenapa?"

"I takut lepas kita kahwin, you yang tak boleh terima I. I have nothing. Not a virgin anymore. Siapa je nak perempuan yang kesucian dia dah diragut tanpa rela? No one. Di pandang macam sampah. Mangsa disalahkan, bukan pemangsa. Kejam dan tak adil."

"Kau fikir aku pandang semua tu? Aku dah tahu dari dulu about you. I adore you because of your beautiful and catchy eyes. Your beautiful and good heart makes me fall in love with you harder and harder every second time. Aku tak pernah rasa perasaan macam ni dulu."

Sarah kembali termenung. Jarum jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Dato' Hashim pun tadi turun dan menjenguk mereka berdua.

Dato' Hashim juga memperlawa Ziyad dan Eryan untuk bermalam sahaja di sini. Namun ditolak secara lembut oleh Ziyad.

Dia perlu bergerak pulang ke penthouse nya sebelum jam 2 pagi.

"You... nak anak dengan I?" Soal Sarah. Tangan Ziyad yang sedang mengusap kepala Eryan itu terhenti. Matanya terkebil-kebil.

"It's up to you. That is your body, kau yang akan bawa dia 9 bulan 10 hari dalam rahim kau. That is your choice. I will just follow the flow."

***

Pacuan empat roda yang dipandu Ziyad laju meluncur di atas jalan raya. Jalan raya itu lengang tanpa sebuah kenderaan.

Setibanya dia di kawasan penthouse miliknya, security guard terus mengejar kereta Ziyad. "Kami buat rondaan, rumah tuan dipecah masuk."

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now