𝟏

341 32 57
                                    

"Kim Taehyung, apa nak jadi dengan kau ni ?! Dah 2 minggu kau masuk office lambat. Nak papa pecat kau ke baru nak tahu datang awal ?" 

Suasana di dalam Bangtanies Holdings menjadi tegang seketika. Taehyung hanya duduk di atas sofa lembut di dalam pejabat ayahnya itu sambil menyilangkan kakinya, seperti tiada apa-apa yang berlaku di situ. Wajahnya hanya melakarkan riak selamba.

Encik Kim pula sudah memerah wajahnya menahan geram dengan anak terunanya yang seorang itu. Mentang-mentang anak CEO, boleh pula sesuka hati nak datang kerja lambat.

"Tch, pa. Tae still muda lagi untuk semua ni. Tae tak nak pun kerja dekat sini, tapi papa yang paksa Tae kan ? Papa yang nak sangat wariskan syarikat ni dekat Tae, ada Tae cakap apa-apa ?"

Terdiam Encik Kim mendengar jawapan daripada anaknya. Memang betul dia yang memaksa Taehyung untuk bekerja dengannya supaya senanglah nanti bila dia dah pencen. Syarikat ini boleh diserahkan kepada Taehyung.

"Ya Tae, papa tahu. Tapi-"

"Tak ada tapi tapi pa. Tae dah penat, I quit." Lanyard yang tergantung pada lehernya ditanggalkan dan diletak atas meja Encik Kim. Tanpa menghiraukan wajah ayahnya sudah berubah menjadi tegang itu, terus dia melangkah keluar dari bangunan besar itu.

Tangan kanan diseluk masuk ke dalam poket manakala tangan yang sebelah lagi sibuk menyelak rambutnya yang lebat itu ke belakang. Sekali pandang, handsome. Dua kali pandang, rasa nak tackle

Bzzt bzzt

Gegaran pada pehanya menandakan ada panggilan masuk daripada telefon. Iphone nya dikeluarkan dan terus digesek ikon hijau pada skrin.

"Hi sayang." Suara husky milik Taehyung menerobos ke gegendang telinga Carla.

"Hello bie, I miss you.

Taehyung tersenyum kecil mendengar suara manja teman wanitanya. Carla memang pandai untuk menceriakan hatinya, dia berjumpa dengan gadis itu sewaktu dia sedang belajar di London. Dan dari situlah bermulanya bibit-bibit cinta antara mereka berdua.

"Miss you too, sayang. How's your day ? Good ?" 

"Not really, I just need you by my side right now." 

"Why ? Something happened ?" Tanya Taehyung lembut, wajahnya mula berkerut risau.

"Nothing, stres sikit je sebab kerja bertambun-tambun. I wish you are here, bie."

"Sayang, you should get some rest. I tak boleh sentiasa ada dengan you sepanjang masa. You faham, kan ?" 

"Yes, I know. It's okay, suara you pun dah boleh buat I tenang bie."

"That's my girl. Okeylah sayang, I kena driving ni. Nanti kita call lagi, okey ?"

"Hm okey bie, I love you. Be careful."

"Ya sayang, love you too." 

Panggilan dimatikan. Taehyung masuk ke dalam sport car nya lalu dipandu keluar dari kawasan Bangtanies Holdings tersebut.

"Huh..." Taehyung mengeluh panjang apabila memikirkan tentang situasinya bersama Encik Kim sebentar tadi. 

Jiwanya masih muda, bukan style dialah bekerja di pejabat. Dia hanya mahu kegembiraan dalam hidupnya, bukannya beban bekerja. 

Keretanya laju dipandu ke sesuatu tempat. Tempat yang akan membuatkan dirinya berasa tenang.

━━━━━

Vote and comment juseyo. Xie xie.

『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now