𝟗

178 12 3
                                    

Taehyung bangun daripada pembaringannya, otot-otot bahunya direnggangkan. Dirinya yang hanya memakai singlet hitam itu membuatkan kulitnya terasa dingin. "Erghhh..."

Kakinya dilunjurkan ke bawah memijak lantai marmar di bilik tidur tersebut. Lelaki itu keluar dari bilik tersebut dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Haneul sedang melihat televisyen sambil kakinya disilangkan dan diletakkan di atas meja di hadapannya.

"Ehem." Taehyung berdehem sedikit membuatkan fokus Haneul sedikit terganggu. Terus dia memandang Taehyung yang sedang berdiri tegak di sebelahnya.

"Ouh, you're awake. Baguslah, lepas ni encik pergi breakfast dulu. Nanti kita nak keluar." Arah Haneul dengan santai. Bibirnya menguntumkan senyuman kecil kepada Taehyung. 

Taehyung menggosok belakang lehernya dan seperti lembu yang dicucuk hidung, dia pergi ke dapur untuk sarapan. Sepatutnya, dalam kontrak, dia yang perlu menyediakan sarapan pagi. Tapi, dia lihat sudah tersedia rapi makanan untuk breakfast.

Terus dia mencapai sekeping roti bakar di dalam pinggan itu dan digigit besar. Dalam otaknya, dia hanya memikirkan ke mana Haneul ingin membawa dirinya.

.

.

.

"Kita nak pergi mana ?" Tanya Taehyung. Kepalanya ditolehkan sedikit memandang Haneul yang sedang memandu itu. Gadis itu hanya mendiamkan dirinya.

Taehyung menjadi sedikit terkesan dengan respons daripada gadis itu. Harap sahaja lawa, tapi hati beku habis! Getus Taehyung di dalam hatinya.

Tiba-tiba, kereta tersebut berhenti di hadapan sebuah bangunan. "Kita dah sampai." Sejurus itu, Haneul membuka tali pinggang keledar yang dipakainya dan terus keluar daripada perut keretanya. Taehyung juga membuat perkara yang sama.

Taehyung mengerutkan dahinya pelik, dia seperti pernah melihat bangunan di hadapannya ini. Oh ya, dia sudah ingat! Bangun ini merupakan club yang dia pernah kunjungi dahulu untuk menenangkan fikirannya. Dan di sini jugalah pertama kali Kim Taehyung bertemu dengan Choi Haneul.

Taehyung mengikuti langkah Haneul masuk ke dalam kelab malam itu. Seperti biasa, sesak macam jalan raya. Ramai pasangan yang menari dan melakukan hubungan seks di dalam itu. Semua itu bagaikan sudah biasa bagi Choi Haneul.

Bagi Taehyung pula, dia geli-geleman melihat semua benda itu walhal dia pun menginginkan benda yang sama apabila dia masih bersama dengan bekas teman wanitanya dahulu.

Haneul masuk ke dalam sebuah bilik VIP di situ, diikuti dengan Taehyung. Terdapat beberapa orang wanita yang berpakaian mencolok mata. Lelaki itu menelan air liurnya berkali-kali apabila semua gadis itu merenung ke arahnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. 

Ada yang menjilat bibir sendiri, dan ada juga yang mengenyitkan mata ke arahnya. Terus berbahang kedua belah pipi Taehyung dibuatnya. 

Jejaka itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Haneul. "Apa kita buat dekat sini, Haneul?" Bisik Taehyung di telinga gadis itu.

Haneul menolehkan pandangannya menghadap wajah Taehyung. Jarak mereka yang amat rapat itu membuatkan Taehyung berdebar. "We're gonna having fun, sir. Just enjoy all of this okay?" Balas Haneul sambil tersenyum memandang wajah kacak lelaki itu. 

Taehyung hanya mengangguk sekali dan dia terus mencapai cawan di atas meja yang telah diisi dengan champagne itu. Diteguknya sekali terus membuatkan semua gadis di situ bertepuk tangan kepadanya kecuali Haneul.

Kemudian, ramai yang menghulurkan beberapa gelas lagi kepada Taehyung untuk dia minum. Lelaki itu tanpa ragu-ragu terus mencapai satu per satu gelas lalu meneguk minuman tersebut. 

Dan tanpa dia sedar, dia sudah dikerumuni oleh ramai gadis di sebelahnya. Butang kemejanya pula terbuka di bahagian atas mendedahkan dada bidangnya itu. Taehyung tergelak suka, kepalanya sudah mabuk teruk, wajahnya bertukar menjadi merah. 

"I want to taste your lips, baby ahahahahh.." Ujar Taehyung dengan nada yang mabuk kepada gadis di sebelahnya itu. Terus kepala gadis yang tidak dikenali itu ditarik melekap kepada wajahnya.

Taehyung memasukkan lidahnya ke dalam mulut gadis itu dan memainkan peranannya. Air liur meleleh di pipi mereka berdua. Belum sempat Taehyung memperdalamkan lagi ciuman tersebut, terasa rambutnya ditarik seseorang dari belakang membuatkan dia terdongak.

"Yah Kim Taehyung, balik. You're drunk." Haneul segera menarik tangan Taehyung keluar daripada bilik VIP tersebut. Taehyung yang mabuk itu hanya mengikuti sahaja sambil mulutnya tersengih-sengih.

"Ish, takkanlah nak balik dah? Jomlah kita menari dulu, sayang hehehehehh.." Pinggang Haneul dicapai dan ditarik supaya terdorong ke arah badannya. Terus membulat mata Haneul dengan tindakan luar jangkaan Taehyung tersebut.

Taehyung menggerakkan pinggang Haneul supaya menari mengikut rentaknya. Berbahang wajah gadis itu apabila dia dapat rasakan tubuhnya bergesel dengan tubuh tegap Taehyung.

Tubuh Taehyung ditolaknya kasar kemudian, dia terus menampar pipi Taehyung kuat untuk menyedarkan lelaki itu. Namun, ianya bertambah menjadi semakin teruk. 

Taehyung tergelak seperti orang gila dan menari keseorangan bagaikan monyet. Haneul menepuk dahinya sendiri dan mengeluh panjang. Menyesal pula dia bawa Taehyung ke sini. Dia hanya mahu enjoy sahaja di situ, tak sangka Taehyung akan mabuk dengan teruk seperti ini.

"Aish michin namja." Tubuh Taehyung ditariknya kuat keluar daripada kelab malam itu. Pintu kereta di bahagian penumpang dibuka lalu tubuh besar itu dihumban masuk ke dalam.

"Ugh, harini je aku layan kau macam ni!" Pintu kereta tersebut dihempas dengan kuat, melepaskan geram. 


━━━━━


Molla, kekurangan idea but I'll try my best to update <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now