𝟖

218 22 41
                                    

"Welcome to your new home, sir." Haneul membuka pintu rumahnya kepada Taehyung. Lelaki itu membawa luggage nya masuk ke dalam rumah gadis tersebut.

Tidaklah besar mana, kecil pun tak. Cukuplah untuk dia dan Haneul tinggal di situ. Taehyung berdehem kecil untuk menyesuaikan keadaan. 

"Come, let me show your room." Taehyung membontoti langkah Haneul ke sebuah bilik yang terdapat di dalam rumah itu. 

"Jadi, ini bilik encik. Toilet ada satu je dekat rumah ni. So, pandai-pandailah ya encik nak buat macam mana pun." Taehyung hanya mengangguk perlahan apabila mendengar kata-kata Haneul.

"Nanti lepas encik dah habis bersihkan diri encik, pergi ke ruang tamu. Saya nak bincang sesuatu dengan encik." Arah Haneul, gadis itu melangkah keluar dari bilik Taehyung dan menutup pintu tersebut. Memberikan ruang kepada Taehyung untuk membuat halnya terlebih dahulu.

Taehyung menghela nafasnya setelah Haneul keluar. Luggagenya diletakkan di hadapan almari baju. Bilik tersebut tidaklah terlalu besar, hanya cukup untuk dia seorang saja.

Dengan segera, lelaki itu menanggalkan pakaiannya satu persatu dan dibalutkan sehelai tuala pada pinggangnya. Bilik air di dapur dituju untuk membersihkan diri.

.

.

.

"Nah, baca ni." Haneul menyerahkan sehelai kertas kepada Taehyung. Wajah lelaki itu dipandang serius.

Taehyung menilik borang tersebut bersama kedua belah keningnya yang berkerut itu. Perlahan dia membaca isi yang terdapat pada borang tersebut.


Baca dengan teliti :-

1. Kim Taehyung hendaklah memastikan yang dirinya bersih sentiasa semasa tinggal di rumah Choi Haneul.

2. Kim Taehyung perlulah menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk Choi Haneul.

3. Choi Haneul haruslah memastikan Kim Taehyung sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. 

4. Choi Haneul hendaklah memberikan ciuman kepada Kim Taehyung tak kira berada di mana pun jika terdapat sebarang simptom ketagihan.

5. Kim Taehyung dan Choi Haneul tidak boleh mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.

6. Kim Taehyung tidak boleh berhubungan dengan mana-mana ahli keluarganya atau kenalan rapat.

7. Kim Taehyung haruslah keluar dari rumah Choi Haneul selepas 2 bulan berakhir.


"Apa benda ni ?" Taehyung mencampakkan kertas tersebut di atas meja. 

"This is our contract, sir. Jadi saya nak encik tanda tangan dekat sini." Haneul menghulurkan sebatang pen kepada Taehyung yang kelihatan tercengang itu.

"Perlu ke semua ni ? Aku datang sini hanya perlukan ciuman, tak payahlah nak berkontrak-kontrak bagai." Taehyung terus berjalan pergi dari situ meninggalkan Haneul keseorangan di ruang tamu.

Belum sempat dia masuk ke dalam biliknya, tangannya tiba-tiba menggigil. Dahinya mula mengeluarkan peluh dingin. 

'Argh, shit !' Carut lelaki itu dalam hati. Dia tidak sukakan semua ini, dia penat. Tapi dalam masa yang sama, dia juga perlukan ciuman seseorang. Jika tidak, dirinya akan menjadi seperti orang tidak siuman sahaja.

"Need help, sir ?" Soalan yang berbunyi sinis itu membuatkan Taehyung menoleh ke arah Haneul. Gadis itu tersenyum senget sambil mengangkatkan sebelah keningnya.

"T-tolong aku, Haneul." Taehyung mula mendekati gadis itu. Tangannya cuba untuk memegang pipi Haneul tersebut namun ditahan oleh gadis tersebut. 

"Well, contract belum sign lagi." Haneul menayangkan kertas kontrak tersebut di hadapan Taehyung. Jika belum ditandatangan, kontrak tersebut tiada makna apa-apa pun.

Dengan segera Taehyung merampas kertas tersebut dan pantas dia tanda tangan di situ menggunakan pen yang yang berada di atas meja. 

Selesai sahaja berbuat sedemikian, terus pinggang Haneul dirangkulnya kasar membuatkan gadis itu agak terkejut dengan tindakan agresif Taehyung. Namun segera gadis itu mengawal perasaan terkejutnya itu.

"Can I ?" Tanya Taehyung dengan nafasnya yang kedengaran berat itu. Halkumnya bergerak-gerak memandang belahan bibir delima milik Haneul.

"Do whatever you want, sir. Contract dah sah." 


━━━━━



Maaf lambat update 🙇🏻‍♀️




『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now