𝟓

264 28 20
                                    

"B-bie !" Terjerit Carla dibuatnya apabila Taehyung bertindak makin ganas dengan menggigit bibir mungilnya tersebut.

Aktiviti Taehyung terus terhenti apabila Carla menahan dada bidangnya. Dia bangkit daripada terus menghimpap tubuh kecil Carla. 

"Sayang, I'm sorry. I just, I can't control it." Riak muka Taehyung berubah menjadi takut. Tapi yang peliknya, bibirnya sudah kembali menjadi seperti normal semula. Sudah tidak menggelupas serta kering.

Carla pula agak terkejut dengan tindakan Taehyung sebentar tadi. Dia langsung tidak pernah bercium bersama Taehyung dengan ghairah seperti sebentar tadi.

"Are you okay, bie ? Nak I buatkan teh madu untuk hilangkan you punya mabuk ?" Gadis itu ingin menghilangkan rasa janggal, terus dia menukar topik.

"No, I'm fine sayang. Come, let me check your lips." Taehyung menarik lengan Carla ke arahnya. Bahu gadis itu dipegang dengan tangan kirinya manakala tangan sebelah lagi sibuk mengusap bibir Caral yang menunjukkan kesan luka sedikit.

"I betul-betul minta maaf sayang. I can't control my passion, damn it." Taehyung menundukkan wajahnya lalu memejamkan kedua belah mata. Keluhan panjang dilepaskan lelaki itu sebelum dia mencium sekilas bibir Carla.

Taehyung mendudukkan Carla di atas katil lalu dia keluar daripada bilik untuk mengambil ubat di ruang tamu.

Lelaki itu masuk semula ke dalam bilik dan melabuhkan punggungnya di sebelah Carla. Botol krim tersebut dibuka lalu dipicit sedikit. Disapu ubat itu pada bahagian bibir Carla yang terluka tadi.

Keadaan menjadi janggal semula antara mereka berdua.

.

.

.

Dari tadi Taehyung tidak duduk diam, asyik berulang-alik di dalam rumahnya. Setelah kejadian bersama Carla yang berlaku pada beberapa hari lepas, fikirannya mula menjadi runsing.

Apa yang telah berlaku pada dirinya ? Tiba-tiba sahaja jadi seperti orang yang ketagihan dadah.

Setiap kali 2 jam sahaja, mesti simptom-simptom ketagihan tersebut akan datang. Antaranya, tangannya tiba-tiba menggigil, bibirnya akan menjadi kering serta menggelupas dan dahinya mula berpeluh.

Taehyung sudah menjadi tidak terurus sekarang ini. Bibirnya menggelupas semakin teruk, dirinya kelihatan seperti orang yang tidak bermaya sahaja.

Tiba-tiba, Taehyung teringat akan kejadian yang berlaku di lorong gelap pada minggu lepas. Ya, dia yakin bahawa ketagihan ini berpunca daripada gadis kelab malam tersebut. 

Cepat-cepat dia menyalin bajunya di bilik, pelembap bibir dicalit sedikit pada bibir untuk menghilangkan kesan menggelupas itu.

Enjin sport car nya dihidupkan lalu dipecut ke kelab malam yang dia telah pergi pada minggu lepas.



━━━━━



Ngueng, double update.


『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now