𝟐

282 33 56
                                    

"Taehyung, biasanya kau datang sini kalau ada problem je. Apa kes pulak kali ni ? Bapak kau marah kau lagi ?" 

Jimin, merangkap sahabat baik Kim Taehyung sibuk mengelap gelas kaca di bar tersebut. Lelaki ketot itu bekerja di kelab malam bagi menampung duit perbelanjaan keluarganya yang berada di kampung. 

"Tch, semak kepala aku fikir pasal benda tu." Taehyung menyerabaikan rambutnya yang hitam lebat itu, nafas cuba ditarik sedalam mungkin bagi menenangkan diri.

"Kau ni, dah tahu stres, pergilah jumpa Carla. Kau mintaklah dia relaks kan kau. Ada girlfriend lawa, tak nak tebuk. Baik bagi aku je." Ujar Jimin dengan nada yang tinggi memandangkan muzik di dalam kelab malam itu sungguh kuat.

Taehyung sudah mengeluh panjang. "Bukan aku tak nak tebuk dia, tapi aku kena jaga maruah dia. Kau faham ? Lagipun, dia bukan perempuan yang jenis suka having sex. I know her very well."

"Taehyung, dekat kelab ni ramai perempuan yang cantik-cantik. Kau tarik je mana-mana masuk bilik, confirm diorang bagi servis yang terbaik punyalah dekat kau. Tak nak try ?" Cadang Jimin bersama satu senyuman nakal yang terlakar pada bibir mungilnya.

"Hey, aku datang sini untuk release stres aku, bukan untuk rosakkan anak dara orang." Gelas kecil yang berisi wain itu diteguknya sekali gus.

"Kau yakin semua perempuan yang bekerja dekat sini masih ada dara ? Come on, bro. This is night club lah." Bahu Taehyung ditepuk sedikit kuat.

"Tch, sudahlah Jimin. Jangan nak beratkan lagi kepala otak aku ni. Pergi sambung buat kerja kau." Taehyung membuat gaya seperti menghalau anak anjing. 

Jimin membuat mimik muka yang menjengkelkan dan terus beredar dari situ. 

Sekali lagi Taehyung meneguk wain putih itu masuk ke dalam kerongkongnya. Gelas kaca itu dihentak sedikit kuat di atas meja. 

Sejujurnya, memang dia perlukan sentuhan seseorang untuk menenangkan dirinya. Tapi, takkanlah dia ingin rosakkan masa depan Carla pula ? Belum tentu mereka berdua akan berkahwin.

Tidak pernah sekalipun mereka melakukan hubungan intim sejak mereka couple. Taehyung pernah sahaja ingin memulakan langkahnya terlebih dahulu, namun Carla sering mengelak dengan mengatakan dirinya sibuk.

"Huh..." Tengah Taehyung sibuk mengeluh itu, datang seorang gadis asing duduk di sebelahnya. Dress ketat berwarna hitam yang tersarung pada tubuh wanita itu membuatkan lekuk tubuhnya kelihatan.

"Sorang je ?" Gadis itu menongkat dagunya menggunakan tangan. Wajah Taehyung yang memerah akibat mabuk itu ditatap lama. 

"Ada nampak orang lain dengan aku ?" Balas Taehyung mendatar. Bukan taste dialah ingin melayan gadis kelab malam dengan lembut. Baginya, orang seperti ini dianggap seperti perempuan murahan, sanggup menjual tubuh sendiri demi mendapatkan wang.

"Tak adalah, muka handsome macam encik ni takkan tak ada teman wanita ?" Tanya gadis itu, tangannya mula bermain dengan peha tegap Taehyung. 

"I have one, but dia bukan perempuan macam kau. Murah." Usai sahaja berkata sedemikian, Taehyung terus bangun dan keluar daripada kelab malam itu. Gadis itu dibiarkan begitu sahaja. Malas nak melayan lebih-lebih.

Gadis itu hanya tersenyum sinis melihat bayang Taehyung yang makin menghilang itu. 

"My new target." 


━━━━━




Skdjsdj hambar. 



『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now