empat

35 9 30
                                    

tw : cringe

🎭

      bunyi loceng menandakan waktu persekolahan tamat. ketiga lelaki itu menunggu rakan perempuannya untuk mengemas barang.

      "korang sembunyi berdekatan situ je tau. jangan kantoi pulak"

      "iyo tau lah"

      ara membalas pesanan mingyu. mereka bergerak berasingan supaya tiada orang mengesyaki apa-apa. mingyu memandang dami dari tepi. wajah gadis itu masih belum berubah dari tadi.

      "mingyu"

      panggilan dami buatkan mingyu tersedar. adakah dami akan memarahi dirinya kerana dia asyik merenung gadis itu? lambat laun, mingyu berkata 'ya' bagi menjawab panggilan dami.

      "a ke c?"

      kening mingyu berkerut. apa yang dami cuba sampaikan ni?

      "er.. c?"

      "...ok"

      mingyu terdengar yang dami mengeluh kecil.

      "apa a dengan c tu dami?ㅡ"

      "mingyu, kalau ada benda yang aku terpaksa buat kejap lagi, anggap benda tu memori paling teruk dalam hidup kau. faham?"

      mingyu mengangguk kecil. soalannya tadi dipotong habis. mereka berdua sampai di taman. dami mengarahkan mingyu untuk duduk dibuaian.

      mingyu ikutkan saja plan dami. mereka bermain buaian sementara menunggu ketibaan chaewon. 

      beralih pada aramin and the geng, mereka masing lagi memerhati mingyu dan dami dari jauh. seokmin yang mencadangkan nama aramin itu.

      mentanglah dia sama pendapat dengan ara, terus dapat idea untuk dia cipta nama itu. heejin dan myungho ok saja. malas nak ambil port.

      "bapak lama, penat aku menunggu. dah berjanggut dah ni"

      kata seokmin lalu dia sandarkan badan di dinding. ara juga turut menyandar. heejin menyerahkan kipas ke tangan rakannya. susah betul jadi pengintip tak berbayar ni.

      setelah lebih 10 minit menunggu, chaewon kini berada di kawasan taman itu. dami membuka airpod sebaik saja derapan kaki chaewon semakin dekat. chaewon memegang lutut kerana penat berlari.

      dia ke kedai dulu untuk membeli air tin. chaewon mengangkat kepala untuk menegur mingyu. namun perbuatannya terhenti apabila nampak dami disebelah buaian lelaki itu. dia cuba mengekalkan senyumannya.

      "er sunbae, kenapa sunbae bawak kawan sunbae sekali?"

      dami berdiri dari buaian. dia menarik lengan mingyu supaya berjalan mengirinya. mereka berdiri dihadapan chaewon.

      "h-hai dami sunbae, nama saya park chaewonㅡ"

      "aku dapat tau yang suka mingyu, betul?"

      soal dami tanpa menunggu chaewon menghabiskan ayat. chaewon mengangguk. dia terasa malu apabila ayatnya dipotong dami. plastik yang berisi air tin itu dikuis perlahan.

      "mingyu tak bagitau ke yang dia dah taken?"

      "tak.."

      "kalau aku ada dekat sini, maknanya kau fahamlah kan?"

      chaewon tampak tidak berpuas hati. dia memandang mingyu, cuba mencari jawapan.

      "bila?"

ice cake.Where stories live. Discover now