enam

31 9 13
                                    

🎭

      dami berhenti memusingkan kerusi belajarnya. dia baringkan diri dikatil lalu siling direnung. sudah masuk tiga hari myungho di China. terasa bosan pula tiada kawan untuk bermain kucing. 

      mingyu? katanya sibuk keluar bersama keluarga. dami pun tak mahulah menyibuk. lagipun ada juga ketenangan semasa dia berehat dirumah. 

      bunyi ketukan dipintu buatkan dami tersedar dari lamunan. puan yoo masuk bersama senyuman. dia bersila dikatil anaknya. dami turut membuat perkara sama.

      "dami, malam ni ada majlis Tahun Baru Cina dekat tempat ayah kerja. dah nama pun majlis, mestilah kena ada keluarga sekali. ayah cadang nak bawak dami cari baju kejap lagi. dami nak ikut tak? ibu dapat tau yang ayah mingyu pun kerja dekat situ. dami ada lah juga kawan"

      terang ibu dami lebar. gadis itu hanya mengangguk faham.

       "dami rapat dengan mingyu kan? ibu tengok muka dia baik je. senyum pun handsome. eh dah lah. bersiap tau, kejap lagi turun kalau dah ready"

       selepas pintu ditutup, dami dengan malas melangkah ke almari untuk mencari baju.

🎭

       tepat 7.15 malam, keluarga dami tiba di hadapan tempat dimana majlis itu diadakan. mereka disambut baik oleh pekerja lain. dami tidak tahu pula pangkat bapanya tinggi. 

       sedang dami melihat sekeliling, dia tak perasan bahawa ibu dan ayahnya sudah hilang dari pandangannya. sebaik saja dami memandang ke depan, hanya kelihatan orang yang tidak dikenalinya sahaja.

       dami agak panik. dia cuba mencari kelibat ibu bapanya. dami perlahan-lahan berjalan ditepi dinding. ramai yang memerhatinya dari tadi. meremang bulu roma dibuatnya.

       dami keluarkan telefon untuk menelefon ibunya. tiba-tiba muncul 3 orang lelaki berpakaian sut. perbuatan dami terhenti apabila salah seorang dari mereka bersuara.

       "yoo dami?"

       perlahan-lahan dami mengangkat kepala. ketiga lelaki itu bersorak kecil kerana mereka dapat meneka yang gadis itu dami. salah seorang darinya menghulur tangan untuk menyalam.

       riak wajah dami terang mengatakan yang dia tidak mengenali orang dihadapannya. empunya tangan seakan faham dengan situasi. dia tersenyum kecil. tangannya disimpan semula.

       "dami, saya jeonghan lah. senior awak dulu. lupa ke?"

      ingatan dami seakan terimbas sedikit dengan memori dulu. dia tersenyum nipis lalu kepala ditundukkan sedikit. sungguh dia lupa dengan wajah mereka.

      "saya minta maaf sunbae"

      "alah takpe, sunbae faham. awak datang dengan siapa?"

       soal salah seorang dari mereka, jisoo namanya. tiba-tiba kepala lelaki itu diluku seungcheol.

       "mestilah dengan parents dia. kau ni pun"

       jisoo tertawa kekok. kepalanya diusap. dalam diam, dia memberi jelingan tajam kepada seungcheol. sedang sibuk jeonghan bertanya soalan pada dami, muncul tiga lelaki lain pula.

       mereka menyapa dami dengan ceria. lagi-lagi yang kecil itu, jihoon namanya. gadis itu hanya tersenyum. wonwoo turut menanya yang dami datang bersama siapa. belum sempat dami menjawab, kepalanya diluku seungcheol.

      soonyoung meneliti wajah dami dalam diam. dia akan teringat dengan suatu perkara. secara tiba-tiba, dia menepuk tangan bagi bersorak kerana ingatannya sudah sampai ke memori. dengan teruja, dia menuding kearah dami.

ice cake.Where stories live. Discover now