sepuluh

41 8 1
                                    

🎭

      mingyu menggosok mata sebaik saja dia bangkit dari tidur. dia melangkah ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaga. sebaik saja mingyu tiba di dapur, dia agak terkejut kerana dami turut berada disitu.

      mingyu sengaja mengabaikan keberadaan gadis itu. dia mengambil cawan lalu air suam diisi. sedang mingyu meneguk air, dia teringat dengan pesanan heejin semalam.

      mingyu letakkan cawan itu diatas meja. dia cuba beranikan diri untuk bercakap dengan dami. nafas ditarik panjang. setelah keberanian dikumpul, mingyu memandang dami dengan wajah tenang.

      "dami"

      mata dami yang dari tadi menghadap telefon, kini menghala ke mingyu.

      "eum, kenapa?"

      mingyu mengetap bibir. entah kenapa, keberaniannya hilang. dia baru saja pandang wajah dami dalam 5 saat. namun mingyu tidak putus asa, dia cuba mencari lagi keberaniannya.

      "dami, aku rasa baik kita bagi tau orang yang kita ni kawan je"

      kening dami berkerut menandakan yang dia pelik dengan apa yang dikata mingyu tadi.

      "maksud kau? relationship kita yang fake tu ke?"

      mingyu mengangguk kepala.

      "kau ok kalau chaewon kacau kau?"

      sekali lagi, mingyu mengangguk.

      "hrm.. ok. kalau itu apa yang kau nak, aku ikut je"

      mingyu mengeluh kecil. satu sebab lega, satu lagi mungkin sebab dami akhirnya berjauhan dengan dirinya.

      "terima kasih. sebab tolong aku selama ni"

      dami tersenyum singkat lalu sama-sama diucap. mingyu membasuh cawan lalu kembali ke khemah. dia mengambil telefonnya lalu segala gambar dia bersama dami dipadam. di laman sosial juga dia padam.

      kata heejin, ini juga salah satu cara untuk lupakan seseorang. 

🎭

      selesai mengemas baju, mingyu ke dapur untuk memasak. heejin sudah berada di dapur untuk membantu. ara dan seokmin sedang meluangkan masa bersama dengan menonton televisyen diruang tamu.

      dami dan myungho pula keluar berjalan ke kedai. kata myungho, mereka sengaja mahu berjalan-jalan diluar untuk berjumpa dengan kucing jalanan. beralih pada mingyu dan heejin, mereka masih lagi menolak skrin telefon. tengah mencari resepi.

      "kita masak nasi goreng jelah"

      kata heejin. dia meluat pula lihat skrin itu ditolak kebawah tanpa henti. mingyu menyimpan telefonnya lalu dia mengangguk bagi menerima cadangan heejin.

      mingyu mengambil tugasan untuk memasak nasi. heejin pula memotong kimchi dan bawang. heejin sempat memandang mingyu yang sedang menapis beras. lepas kes semalam, mingyu hanya berdiam diri saja.

      "wei mingyu, kau ok tak?"

      mingyu yang dari tadi termenung, akhirnya tersedar. dia memandang kearah heejin dengan riak biasa.

      "aku ok je. kenapa?"

      heejin menajamkan matanya. dia menuding mingyu dari jauh menggunakan pisau ditangan. naik takut mingyu dibuatnya.

      "betul?"

      mingyu teragak-agak untuk mengangguk. heejin mengeluh kecil. dia menggeleng kecil lalu papan pemotong dipandang semula.

ice cake.Where stories live. Discover now