lima

28 9 7
                                    

🎭

      "myungho"

      panggilan dami buatkan myungho berhenti mengunyah makanan. lelaki itu mengangkat kepala untuk memberi isyarat 'apa' kepada dami. matanya masih kekal di makanan.

      "aku minta maaf pasal tadi" 

      myungho mengangkat kepala lalu keningnya yang berkerut itu dituju ke dami.

      "kenapa pulak kau minta maaf?"

      dami berhenti menguis makanannya. bibirnya diketap perlahan. dia menelan air liur lalu wajah myungho dipandangnya.

      "aku.. cuma nak minta maaf. aku rasa aku dah sakitkan hati kau sebab aku kata yang rantai ni mingyu bagi. aku terpaksa buat tadi. kalau takㅡ"

      "takpe, aku faham. lagipun kau terdesak kan?"

      myungho mengukir senyuman supaya dami tidak rasa bersalah tentang hal itu. dami mengangguk kepala lalu terima kasih diucap kepada lelaki itu.

      suasana jadi senyap kerana mereka sedang mengunyah makanan. hanya suara pelanggan lain saja yang kedengaran. dami mempercepatkan kunyahannya. ada sesuatu yang dia mahu sampaikan kepada myungho.

      "myungho, kau free malam ni?ㅡ"

      bunyi loceng serta suara teriakan dari ara dan seokmin buatkan myungho tidak dapat mendengar apa yang dikata dami. bahu gadis itu ditepuk ara.

      "awal betul korang sampai. aku tengok makanan myungho dan nak licin dah. kau ni lah mingyu! time tu jugaklah nak beli keychain bagai"

      lengan lelaki itu dipukul ara. mingyu mencebik kecil. 

      "ish sakit tau tak?"

      ara menjelir lidah lalu dia duduk berhadapan dengan seokmin. heejin pula sudah duduk disebelah myungho. kerusi kosong yang disebelah dami diduduk mingyu.

      lelaki itu mengeluarkan dua keychain berbentuk anjing dan kucing. dengan teruja, dia menayang kepada dami.

      "dami, aku ada beli keychain ni untuk kita berdua. barulah nampak yang kita ni couple. comel kan?"

      mingyu tersenyum lebar memandang dami disebelahnya. dami mengangguk lalu keychain kucing itu diambil. myungho memandang mereka berdua sekilas sebelum dia menyambung aktivitinya iaitu makan.

      ara menyerahkan menu ke tangan heejin selepas selesai mengambil order. dia memandang kearah mingyu dan dami. tiba-tiba muncul idea diminda ara.

      ara mengeluarkan telefonnya lalu kedua lengan diletak diatas meja.

      "dami, mingyu. apa kata korang tangkap gambar. nanti si chaewon tu takkan kacau mingyu dah"

     cadang ara. heejin mengangguk bagi mempersetujui cadangan itu. telefon diserah ke tangan myungho secara tiba-tiba. lelaki itu memandang ara dengan pelik.

      "myungho, kau dah dekat depan diorang kan? kau lah yang tangkap"

      "..oh, ok"

      myungho memaksa dirinya untuk berbuat begitu. dia tak nak nampak yang sebenarnya dia ada hati pada dami.

      "satu, duaㅡ"                 

     "eh kejap-kejap. mingyu, pandang dami lepastu kau letak tangan kau dekat rambut dia. acah-acah yang kau tengah repair rambut dia. dami pulak pandang mingyu"

ice cake.Where stories live. Discover now