sembilan

25 9 2
                                    

🎭

     botol kaca coca cola itu dipusing ara. semua menunggu botol itu untuk berhenti. dengan perlahan, ia berhenti kearah mingyu. seokmin tertawa kerana rakannya dipilih.

     "mingyu, pusing 10 kali lepastu pilih kotak dekat situ"

     mingyu dengan pasrah bangkit dari duduk lalu berpusing selama 10 kali di halaman yang luas itu. semua mata memandang mingyu. setelah lelaki itu selesai berpusing, dia terhuyung-hayang kearah kotak yang disusun ara tadi.

     dia duduk semula selepas memilih kotak yang berwarna coklat. ara dan yang lain menepuk tangan bagi menyambut mingyu yang sudah pening.

     "kau letak apa dalam tu ara?"

     soal seokmin ingin tahu.

     "bukaklah, dalam kotak tu semua hadiah yang aku bawak dari China"

     mingyu segera membuka. seokmin juga turut menjenguk. terserlah kotak jahitan didalamnya. mingyu mengangkat hadiah itu untuk memudahkan yang lain untuk melihat apa isi kandungannya.

     ara tertawa melihat riak wajah mingyu. memang dia sengaja beli benda yang pelik dekat China. tapi kotak jahitan ada gunanya juga.

     "thanks ara"

     "sama-sama. kalau korang nak, amiklah"

     seraya dengan itu, seokmin pun meluru ke tempat yang dituding ara. heejin mengambil dua memandangkan dami pergi mengambil air. tak lupa, myungho juga turut mengambil.

     "ha bukak-bukak. aku nak tengok jugak"

      seokmin menyorak kecil apabila membuka hadiah tersebut. rupanya itu satu set untuk membuat gelang sendiri. heejin juga turut membuka. dia mengeluarkan satu persatu barang tersebut.

      "apa benda ni?"

       dami memandang rakannya sekilas lalu berkata.

      "itu barang untuk mengait"

       "pelik-pelik jelah kau ni ara. apapun terima kasih"

       ara hanya mengangguk. myungho dengan perlahan membuka kotak itu. dia ambil yang bercorak katak sebabㅡ entah. takde sebab. katak tu nampak comel.

       myungho keluarkan kertas yang tertampal sticker bercorak kartun. semuanya kecil dan comel. semua sekali ada 100 helai kertas. myungho ambil saja. bolehlah dia tampal dibuku jurnalnya.

       dami? dia dapat manik berhuruf. sama seperti apa yang seokmin dapat. tapi berbeza sedikit. seokmin punya lebih kepada bentuk. dami pula dapat yang berhuruf.

       setelah sesi membuka hadiah tamat, ara meminta mereka duduk diruang tamu lalu setiap orang diberi kertas kecil dan pen.

       "kita nak buat apa ni ara?"

       ara tersenyum penuh makna memandang heejin.

       "hehe, disebabkan aku yang buat semua plan ni, aku nak korang tulis rahsia korang dalam kertas ni. kita akan tukar sesama sendiri. tapi syarat dia! korang tak boleh kata yang korang tulis tu kalau salah sorang dari kita tanya. faham?"

      "ok~"

      balas seokmin lalu kertas itu ditulis dengan ceria. ara turut menulis. heejin menongkat dagu, apa yang dia perlu tulis? dami terus menulis rahsianya. setelah selesai, kertas itu diipat kemas.

       "dah?"

       semua mengangguk lalu ara arahkan mereka untuk letakkan kertas itu dimeja. keenam kertas yang berlipat itu akhirnya bercampur.

ice cake.Where stories live. Discover now