RMTI 2

368 17 1
                                    

"Maksu!!!"

Baru saja melangkah kaki ke dalam rumah tubuh Tiara dipeluk oleh Ammar dan Airish, anak kepada Taufiq dan Tania.

"Yes Ammar and Airish" kedua tubuh kecil itu Tiara dukung dengan sepenuh kekuatan.

"Hihi, saja. Sebab Ammar nampak tadi maksu asik sedih je pagi tadi" gigi kecilnya ditayang comel pada Tiara.

"Airish pula, kenapa panggil maksu?" kepala ditala memandang Airish yang membisu itu pula.

"Aa..aa.. Airish panggil sebab Ammar panggil hehe"

Tiara gelak saja melihat kedua anak buah kesayangannya ini. Geram sangat-sangat! Kalau abang Hariz ada mesti Ammar dengan Airish dah digomol habis oleh abang Hariz. Abang Hariz suka budak-budak! Hm, abang Hariz..

"Maksu?"

Jawline Tiara di cuit Ammar sikit mematikan lamunan Tiara.

"Ye sayang.."

"Jom la makan, Airish dah lapar ni.."

"Ok jom! tapi sebelum tu bagi maksu cuci pinggan dulu. Ammar dengan Airish pergi naik atas, minta izin parents dulu ok?"

"Okkkkkk!!" jawab mereka berdua teruja. Turun saja mereka dari dukungan Tiara, berlari laju mereka memanjat anak tangga.

💙👮🏻‍♂️

Lincah sungguh Tiara mencuci pinggan kotor di singki itu. Memang selalu itu saja kerjanya pada hari Sabtu dan Ahad, tak pun ambil Airish dan Ammar di rumah pengasuh tapi harini parents dia cuti so tak hantar rumah pengasuh. Isnin hingga Jumaat apa lagi? jadi big boss la dekat syarikat arwah Hariz. Sebelum hari kejadian, Hariz sempat menukarkan nama syarikat ke atas nama Tiara. Segala tanggungjawab dan amanah telah di serah 100% pada Tiara. Tiara menerimanya dengan sejuta serba salah. Sudah lah syarikat Hariz, apa pula kata keluarganya? alhamdulillah Haridah dan Halim telah bersetuju dengan permintaan Hariz sebelum hari kejadian.

"Hai"

Terperanjat tubuh Tiara setelah pinggangnya dicuit dari belakang.  Spontan, Tiara menyiku gerangan yang mengganggunya.

Pusing saja tubuh Tiara, bibirnya digigit marah. Memang patut kena siku pun! kalau aku tahu dia lah orangnya, aku sepak terajang terus!

"Abang Daus buat apa nih?!" suaranya tertahan. Tidak mahu menganggu orang lain di dalam rumah ini.

"Nak peluk adik ipar sendiri tak kan tak boleh" Firdaus berseloroh santai. Punggungnya di daratkan di atas iceland kitchen.

Tudung yang terlepas dari lilitan leher, Tiara selempang semula.

"Tia ni adik ipar abang. Bukan adik kandung abang!"

"Antara Tia dengan abang, ada batasnya. Jadi abang tolong jaga batas abang dengan Tia. Rasanya abang tak la bodoh sangat sampai benda-benda macam tu pun tak tahu" sinis Tiara.

"Aku jadi bodoh bila dengan kau" hujung bibirnya ternaik sambil mata meliar melihat tubuh itu.

Tiara gigit bibirnya kuat. Menahan rasa marah di lubuk hatinya. Binatang! aku pakai jubah besar macam ni pun dia bernafsu?!

"Jangan sampai Tia tampar muka abang"

Firdaus angkat keningnya dengan ugutan comel Tiara.

"Tampar? kau nak tampar aku? boleh. Tapi kau kena ingat, aku akan balas balik one day. Mungkin bukan hari ini, tapi insyallah esok" wajah miang dan psikonya tidak pernah miss dari terukir di wajah kacak itu.

Kacak je lebih, tapi bodoh!

Belum sempat Tiara hendak mengangkat tinggi penampar maha hebatnya. Tasnim memanggil dari ruang tamu.

Rescue Me, Tuan Inspektor!Where stories live. Discover now