RMTI 10

387 24 3
                                    

"Alhamdulillah keadaan Tiara semakin stabil"

Mata yang terasa memberat itu mula bergerak bila terdengar sayup-sayup suara manusia menyebut rancak namanya.

"Poison food?"

"Ye"

"Ada apa ni?" perbualan dua orang lelaki itu berakhir disebabkan Tiara. Dua pasang mata melekat tepat pada wajah Tiara yang pucat itu.

Mata masih kuyu.

"Selamat pagi Puan Tiara. Saya Isma, Tengku Isma Shah. Doktor peribadi Uwais. Saya ada tinggalkan beberapa ubat yang perlu Puan ambil selepas bersarapan jadi.."

Isma berundur lalu mengemas barangannya.

"Saya minta diri dulu" kepalanya menunduk ke arah Tiara yang kebingungan itu.

"Aku gerak dulu Uwais"

"Hm, thank you bro"

Uwais menghantar Isma hingga ke pintu bilik hotel itu.

Tiara hanya menggaru kepala gatal.

"Puas dah garu kepala tu?"

Cepat-cepat Tiara mengangkat kepala memandang empunya suara yang garang itu.

Lama wajah lesunya dipandang Uwais tajam sebelum Tiara memuncung lalu menunduk.

"Awak makan apa semalam Tiara?"

Diam.

"Saya rasa awak tak makan apa-apa"

Tiara fikir. Mulut masih terkatup rapat.

"Jawab Tiara" dihujung ayat Uwais, nadanya kedengaran tinggi sedikit hingga mengejutkan Tiara.

"Saya tengah fikir la ni! Cuba sabar" wajahnya cemberut marah dan menyampah.

Ada ke gila dia sergah macam tu. Terkejut aku. Nasib tak luluh hati ni. Kalau luluh tadi, menduda la awak Tuan Uwaisss..

"Saya rasa, saya makan pizza yang Tuan bagi tu je la"

"Pizza yang saya bagi?"

"Ye" Tiara beria mengangguk.

"Bila pula saya belikan awak pizza?"

Damn.

Terkelip-kelip kelopak mata Tiara. Uwais pula hanya merenung tajam wajah blur Tiara itu.

Darah sudah menggelegak untuk meletus.

"Petang semalam. Tuan orderkan saya pizza"

Uwais mengetap rahang.

Panas.

"Tell me the whole story Tiara"

Tiara berkerut mendengar suara dingin Uwais itu. Kenapa? Aku ada buat salah ke?

"Petang semalam saya sorang dekat bilik. Tiba-tiba ada orang datang. Saya buka la pintu, takkan nak buat derk je kan. Then dia bagi saya pizza. Dia kata Tuan yang belikan untuk saya sebab dia kata Tuan tahu saya tak makan lagi. Kebetulan saya memang tengah lapar, saya makan je la"

Tiara telan liur bila terasa aura yang agak menakutkan dari Uwais tiba-tiba.

"Saya ada buat salah ke.."

"..Tuan?" hujung ayat Tiara itu kedengaran perlahan.

Uwais pejam mata rapat sebelum menghambur amarah.

"Of course Tiara! Awak sedar tak apa yang awak buat sekarang?!"

Terjungkit bahu Tiara. Kepalanya menunduk. Takut. Bibirnya ditahan agar tidak mencebik, diketapnya rapat.

Rescue Me, Tuan Inspektor!Where stories live. Discover now