RMTI 11

551 45 8
                                    

Habis saja makan, Tiara terus naik ke atas. Lampu di dalam rumah juga sudah di padam.

Pintu bilik dikuak. Lampu bilik sudah terpadam, hanya lampu meja saja yang terbuka. Mesti Uwais dah tidur.

Arghh, biar la dia. Malas nak fikir.

Dalam pening-pening itu, Tiara terus berbaring di sebelah Uwais dan seperti biasa bantal peluk di tengah mereka.

Tiara mengiring menghadap tempat tidur Uwais. Belakang badan lelaki itu direnungnya lama.

Walaupun mereka bernikah tanpa ada perasaan cinta, tapi Tiara tahu perkara yang baik dan tidak baik untuk seorang isteri.

Tiara menghela nafas berat.

Yang penting aku jauh dari Firdaus.

Mengingatkan itu, Tiara tersenyum senang. Dia tak perlu lagi risau memikirkan hal lelaki itu lagi.

Dalam berkhayal memikirkan hal negara itu, Tiara terus melelapkan mata.

💙👮🏻‍♂️

"Uwais dah nak gerak balik ke?" tubuh sasa Uwais itu di hampiri Zarina yang masih beruniform polis.

"Hm umi. Uwais nak gerak balik terus ni" bagasi besar di angkut Uwais sekali gus ke arah kereta.

Tiara salam dan berpelukan lama dengan Zarina.

"Cepatnya Tia nak balik. Tak nak duduk sini lagi ke untuk dua tiga hari ke?"

"Tia tak tahu umi. Tia ikut Tuan je"

Zarina diam. Kening berkerut lama.

Tiara telan liur kesat. Alamak! Kau ni Tia! Macam mana boleh tersasul depan umi ni?!

"Tak. Maksud Tia, Tia ok je nak duduk sini lagi kalau abang Uwais ok" haa boleh la ni.

Zarina senyum nipis. Bukan main suka dia. Belum sempat Zarina hendak menjawab, Uwais dari belakang muncul.

"Maaf umi, Uwais tak boleh duduk sini lama-lama. Banyak lagi benda yang Uwais nak settle kan"

Zarina angguk saja. Tak nak jawab lebih-lebih. Uwais kalau dia kata A, A juga la yang dia ikut. Tak akan ada pilihan yang lain.

Tiara termenung lama. Macam mana la kehidupan dia lepas ni duduk berdua dengan Uwais? Mesti tidur bilik asing. Bercakap pun bila perlu je. Nak pula Uwais dah mula buat hal sendiri. Bibir di tarik hambar. Hambar seperti langit yang sedang mendung.

"Memang nak berdiri tercegat dekat situ ke? Saya ada banyak keje lain nak buat daripada melayan awak Tiara" tersentak Tiara mendengar suara dingin bersarkastik itu.

"Apa cakap macam tu dengan Tiara? Umi tak pernah ajar tau Uwais layan isteri macam tu" kalau suara Uwais dingin seperti freezer, Zarina juga tidak kalah. Malah lebih dingin seperti salju di kutub utara.

Uwais hela nafas berat. Terus lengan Tiara dipautnya dan di bawa masuk ke kereta. Orang nak cepat dia boleh pula termenung sana-sini.

💙👮🏻‍♂️

Celik saja mata mulut Tiara hampir tercengang.

Golden Land

Taman perumahan yang cukup mewah.

Kereta di belok kekanan lalu di parking cantik.

Uwais terus keluar. Beg pakaian juga di angkut keluar. Kemudian pintu di scan dengan cap jari. Tiara hanya mengekor. Kecantikan dan keunikan taman itu memang di akui Tiara. Cantik! Bersih! Moden! Dan elegant.

Rescue Me, Tuan Inspektor!जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें