RMTI 6

360 24 4
                                    

"Tia tak payah la balik lagi. Nanti malam keluarga Tia datang, Tia balik sekali dengan mereka. Boleh?"

Ujar Zarinah seakan memujuk. Wajah segan Tiara itu mereka lihat lama.

"Tapi Tia tak mandi lagi.." perlahan saja suara itu.

Malu agaknya.

"Baju akak ada. Tia tak payah malu-malu. Kalau malu nak pakai baju akak, baju Aini ada"

Lengan Tiara itu Ros pegang erat. Menyalurkan rasa kasih untuk Tiara.

Perlahan-lahan Tiara mengangguk.

"Kita nikah kan mereka berdua sabtu ni. Majlis minggu depan"

Katrina menekup mulutnya teruja.

"Betul ke ni kak? Kak Inah tak kisah? Tak rasa cepat sangat ke?"

Katrina menyoal lagi. Untuk memastikan bahawa itu bukan mimpi.

"Ye Kat, akak serious. Lagipun, si Uwais tu lama sangat membujang. Lama akak tunggu menantu dari dia.."

"Bagus juga kalau kita percepatkan majlis mereka" Azmi juga bersetuju dengan perbincangan mereka.

"Kalau kau ok, aku lagi ok. Bahaya kalau Tia tu membujang lama-lama. Macam-macam boleh jadi nanti. Kalau ada Uwais, tenang la sikit hati aku. Aku percaya dia boleh jaga Tia dengan baik"

Mereka disitu hanya tersenyum mendengar bicara Khalid.

"Oit Tia! Termenung apa kau"

Tiara menjeling tajam Puteri yang tiba-tiba datang menyergahnya itu.

"Adab kau mana adab?"

Tiara mencekik Puteri kejap.

Puteri berdekah melihat amukan Tiara yang tak seberapa itu.

"Dah pandai eh main cekik-cekik orang ni. Jangan garang-garang sangat Tia. Takut nanti pakcik tua kau baham kau nanti. Auwwwwww!"

Cepat jari Tiara mengutil kuat perut Puteri.

"Mulut kau daripada dulu.... tak pernah nak senonoh kan!"

"HAHAHAHA aku gurau je la gila!"

"Boleh tahan sakit juga kau cubit" sambung Puteri lagi.

Tiara hanya menjeling.

"Eleh, tahu la dah sah jadi isteri orang.."

Tiara mencebik saja. Tapi dalam hati sudah malu sekembang.

"Eh tapikan, lama juga eh Tuan Uwais kau tu cium dahi kau tadi hm.."

Lepas saja baca doa. Uwais terus bangun dari duduknya. Kaki panjangnya itu menghampiri Tiara yang serba putih dalam busana pengantin itu.

"Cincin"

Zarinah menghulur sebentuk cincin permata yang sangat halus itu.

Tiara menghulur tangan kanannya terketar-ketar. Sesekali Tiara menggoncang perlahan tangan itu menghalau ketaran yang bertandang.

Degupan jantung yang rancak usah di tanya, memang laju bagai dikejar hantu.

Tubuh Tiara bagai direnjat elektrik bila Uwais menyentuh dan memegang tangan yang dihulur Tiara lama.

Mereka pelik melihat Uwais yang masih tidak menyarungkan cincin itu.

"Ok dah?"

"Ha?"

Rescue Me, Tuan Inspektor!Where stories live. Discover now