RMTI 4

345 26 2
                                    

Mahu tembus dinding bilik itu direnung Tiara lama. Sudah berapa jam dia menatap dinding itu. Entah apa yang difikirkan nya tak tahu la.

"Tia"

Tasnim menjenguk kepala mencari Tiara. Kemudian kaki menapak masuk lalu duduk di kerusi beroda kerja Tiara.

"Tia, Kak Anim rasa macam nak pergi Cameron la. Kita ajak semua pergi nak tak?!" bual Tasnim teruja.

Bibir yang tersenyum riang tadi terus jatuh melihat Tiara yang terpaku bagai dipukau itu.

"Tiara!"

Terperanjat tubuh kecil wanita itu.

"Kak Anim! Ish, lain kali masuk ketuk pintu dulu.." dada diurut perlahan.

"Eleh, Kak Anim tadi siap berborak dengan Tia lagi. Tapi Tia yang mengelamun jauh sampai ke kutub korea sana dah kenapa?" Tasnim menyeringai melihat wajah cuak Tiara. Wajah mengusiknya sengaja ditonjol depan Tiara.

"Tia tengah bercinta ehhh?" Tasnim menyenggol-nyenggol bahu Tiara.

Tiara memuncung panjang. Nafas lelahnya dikeluh panjang.

Terjungkit kening Tasnim melihat wajah sedih itu.

"Entah la Kak Anim. Tia pun tak tahu kenapa.."

"Eh pula dah. Cuba cerita"

"Tia baru je kenal dia, tak sampai seminggu pun. Tapi entah, sikap selamber dia tu buat Tia rasa selesa sangat bila bersama dia. Sebiji macam arwah Abang Hariz.." hujung ayatnya kedengaran perlahan saja.

Tasnim diam mendengar. Bibirnya dikulum menahan sedih.

"Tapi kan! Macam kebetulan pula, dia tu memang kawan baik arwah Abang Hariz.."

"Abang Syakir kata, dulu orang ingat mereka kembar sebab perangai dan sikap acah macho mereka tu memang sejibik!" Tiara gelak bila teringatkan sikap mereka berdua.

"Syakir?"

"Yup, Abang Syakir"

Tasnim berkerut lama. Nama itu seakan-akan dia kenal.

"Alaaa, Kak Anim kenal dia la"

"Ha really?"

"Yee. Dia dulu satu kampus dengan Kak Anim.."

"Ouh yaaa! Kak Anim dah ingat! Uwauu, seriously?"

"Iyaa. Guess what, dia dulu pernah crush on dengan Kak Anim tau. Tapi malu nak cakap"

Tiara jungkit kening kirinya bila Tasnim tiba-tiba mendiam kan diri.

Eh, dia pula yang termenung jauh.

"Kak? Kenapa?" Tiara mencuit lengan Tasnim lembut.

Tasnim hanya tersenyum hambar.

"No, just hm. Kak Anim pun crush on dengan dia dulu.." perlahan saja suara itu bicara.

Terjegil besar mata Tiara. Mulut yang terbuka luas ditekupnya laju.

"Tak apalah. Lagi pun Kak Anim dah ada Abang Daus kan" wajah sedih tadi kembali tersenyum lebar.

Tiara hanya menggigit bibir bawahnya. Perlahan-lahan kepala diangguk terpaksa.

Ya allah! Kesiannya dengan Kak Anim. Dia ikhlas cintakan Abang Daus tapi Abang Daus? Hanya gunakan Kak Anim saja!

"Ha cepat lah sambung cerita"

Tiara mengangguk laju. Kemudian, dicerita dari awal perkenalan hingga kejadian semalam.

"Seriouslah?! Mana perempuan tu? Meh Kak Anim tibai dia! Eii geramnya! Sampai hati dia buat Syakir macam tu? Oh my godnees!"

Tiara hanya mengangguk bersungguh-sungguh menyokong Tasnim.

Rescue Me, Tuan Inspektor!Where stories live. Discover now