GIK 31

2.6K 150 19
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

PRANG !!

              GELAS ditangan Laura mula pecah berkecai setelah melihat isi package yang dia dapatkan dari kotak itu. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Darah mula mengalir dikakinya yang terkena serpihan kaca. Rasa sakit dikakinya tidak dapat dibandingkan dengan rasa sakit di dalam hatinya.

Laura berjalan pantas mendapatkan telefon pintarnya dan mendail nombor Rayden. Dia menunggu lelaki itu mengangkat tetapi tidak diangkat. Laura cuba lagi untuk menelefon lelaki itu. Sama sekali tidak berjaya. Dia terus mendail satu nombor.

"Bawa aku jauh dari sini." ujar Laura.

"Baik."

Laura langsung bergegas turun ke tingkat bawah dan menolak kasar daun pintu biliknya. Pintu almari baju ditolak kuat dengan perasaan amarah yang pada tahap maksimum.

"Patutlah terkejar-kejarkan aku. Rupanya nak tutup kes kau rogol Raysha lah ya? Wow, bagus Rayden." bisik Laura sendiri. Dia memasukkan kesemua pakaiannya ke dalam luggage. Dia tidak kira. Dia harus keluar juga dari rumah ini.

Dia menarik bagasi begnya naik keatas menggunakan lif kerana dirinya tidak larat untuk mengangkat bagasi yang berat itu jika menggunakan tangga.

"Kak Laura nak pergi mana?" soal Robin yang baru muncul dari rooftop rumah.

"Pergi mampos." balas Laura. Robin mengerutkan dahinya sebelum berfikir waras. Dia langsung menghalang Laura.

"Kak Laura tak boleh keluar dari rumah ni. Lorenzo mesti akan cari Kak Laura juga. Membazir tenaga akak sahaja." larang Robin memegang lengan Laura. Laura menepis kuat.

"Tepi!! Cakap dengan Rayden, akak akan bagi dia fail dokumen cerai tak lama lagi. Akak nak pergi jauh dari dia. Jangan cari akak lagi!" Turun naik dada Laura menahan marah. Robin menepuk dahinya. Dia buntu.

"Tak boleh kak. Kitaorang ni ditugaskan jaga akak dekat sini. Kalau dekat akak terjadi apa-apa, kitaorang yang kena tanggung." ujar Robin cuba memujuk Laura. Laura menggeleng.

"Suruh dia tanggungjawab dengan kandungan Raysha. Baru aku akan maafkan dia. Kalau dia tak bertanggungjawab, jangan harap dapat tengok muka aku lagi!" Laura menolak Robin kuat dan berlari anak kearah kereta yang sudah menunggunya. Robin meraup wajahnya.

Apa yang perlu dia jawab dengan Rayden nanti?

Dia tidak berani berkasar dengan Laura kerana gadis itu sedang berbadan dua. Dia takut dia terlukakan Laura hanya kerana mendengar arahan Rayden. Kalau dia tak halang, Rayden marah. Kalau dia halang, Rayden pun akan marah.

"Aku nak kau kahwin dengan Rayden." ujar Laura.

"Apa?" soal Raysha. Laura mengangguk.

"Kahwin dengan dia. Kau jangan gugurkan anak tu. Tak baik. Orang lain punya kahwin bertahun-tahun nak timang cahaya mata tapi kita? Nak buang macam tu sahaja? Jangan jadi bodoh, Raysha. Paksa dia tanggungjawab. Aku nak kau bawa aku jauh dari Rayden. Aku tak nak dia cari aku." ujar Laura.

"Okay... Aku minta maaf kalau disebabkan aku... Aku rosakkan rumah tangga korang." ujar Raysha. Laura menggeleng.

"Tak apa. Kau bagitahu aku hal yang sebenar pun aku dah bersyukur. Terima kasih, Raysha." ucap Laura. Raysha mengangguk.

"Aku pun nak ucap terima kasih dekat kau. Sebab aku tak tahu nak minta tolong dan luahkan dekat siapa lagi. Rosie? Dia dah benci aku. Dia halau aku dari rumah sebabkan aku mengandung anak Rayden. Dia tak terima. Dia sukakan Rayden. Sebab tu dia halau aku. Tapi aku tak ada pilihan, kalau benih Rayden nak bercambah juga. Dia akan bercambah. Aku menyesal Laura." ujar Raysha mengelap air matanya. Laura memeluk bahu Raysha.

"Jaga anak tu baik-baik." ujar Laura. Raysha mengangguk.

"Ada satu lagi hal aku nak bagitahu dekat kau." ujar Raysha.

"Apa dia?" soal Laura.

"Tapi kau akan percaya ke?" soal Raysha.

"Aku akan percaya. Kau kawan aku. Kawan lebih dipercayai berbanding suami." balas Laura. Raysha tersenyum kelat.

"Mama dan papa kau... Rayden yang bunuh. Sebab diaorang tahu yang Rayden rogol aku. So, untuk tutup semuanya. Dia bunuh diaorang." ucap Raysha. Laura tersentak. Kata-kata Raysha menusuk ke hatinya. Sakit. Marah. Bercampurkan dendam.

Laura mengempal penumbuknya kuat. Kukunya yang tajam mencucuk telapak tangannya dibiarkan begitu sahaja. Hatinya lebih sakit setelah mengetahui rahsia yang telah disimpan rapi oleh Rayden. Lelaki itu sangat licik membodohkannya. Atau dia yang terlalu bodoh?

"Kau okay?" soal Raysha. Laura mengangguk dan tersenyum kelat. Dia harus berbuat sesuatu. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu terlepas begitu sahaja. Bodohlah kalau dia berani melepaskan lelaki yang sudah membunuh kedua orang tuanya dihadapannya.

"Kalau kau perlukan apa-apa, kau terus bagitahu aku. Dekat sana kau selamat. Ada budak-budak aku yang akan jaga kau. Makan minum kau dan lain-lain." ujar Raysha.

"Terima kasih, Raysha. Kaulah kawan aku yang paling baik." ujar Laura.

"Kau pun kawan aku sampai mati, Laura." balas Raysha. Laura tersenyum dan mengalihkan pandangan keluar tingkap. Dia baru teringat. Kakinya belum diubati.

"Kau ada first kit?" soal Laura.

"Sekejap. Ada tak silap." jawab Raysha dan mencari first kit. Laura membuka first kit yang diberi oleh Laura. Raysha hanya memerhati setiap tindakan Laura.

"Kenapa dengan kaki kau?" soal Raysha.

"Luka kena kaca." ujar Laura.

"Kau tak apa-apa ke? Aku takut kalau darah kau tak berhenti keluar." ujar Raysha.

"Tak apa... Aku tahu macam mana nak berhentikan dia. Kau jangan risau eh? Aku okay sahaja." balas Laura menepuk bahu Raysha supaya bertenang. Raysha sekadar mengangguk. Tanpa Laura sedar, Raysha sudah tersenyum sinis.

"Laura..." panggil Raysha.

"Ya, kenapa?" soal Laura. Raysha tersenyum senget dan itu membuatkan Laura mulai tidak sedap hati. Dia mengerutkan keningnya. Hatinya berdegup kencang. Seperti sedang berhadapan dengan seorang pembunuh tersadis dimuka bumi. Tapi itu ialah Rayden dan Rayyan. Bukan Raysha. Raysha mengeluarkan pistolnya.

"Kau tahu ni apa?" soal Raysha.

"Tahu... Pistol yang selalu De Clerq Family, buat main." ujar Laura. Raysha tersenyum sinis. Dia mulai mengacukan pistol dikepala Laura.

"Goodbye, motherfucker!"


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update banyak sikit sebab idea tengah melimpah ruah. Alhamdulillah HAHAHAHHA. So, happy reading !! And I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3 Yang silent readers tu hmm, tolonglah bagi author likes sikit. Simpatilah sikit dengan saya ni hmm. Kalau suka tu, likelah. Kalau tak suka, janganlah baca hmm. Sedih saya.......

GADIS IGAUAN KINGOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz