SPECIAL EP

4.9K 272 13
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

"eee... Ni abang punya lah." marah si anak lelaki yang dalam berusia 4 tahun.

"Mama..." anak kecil perempuan yang dimarahi itu mula menangis dan berlari mendapatkan ibunya.

"Kenapa ni sayang?" soal wanita yang bertudung merah jambu itu. Anak kecil itu menunjukkan kearah abangnya.

"Abang... Abang buat apa dengan adik?" soal wanita itu.

"Dia nak ambil barang abang. Bahaya tau." ujar anak kecil lelaki itu. Wanita itu menggelengkan kepalanya dan memandang anak perempuannya.

"Celine... Tak boleh main tu, tu abang punya. Awak tu kecil lagi. Nanti mama beli yang lain." ujar Laura. Celine mengangguk kecil. Laura mengelap air mata Celine.

"Abang sini... Minta maaf dengan adik. Celine minta maaf dengan abang. Lain kali tak nak buat lagi." arah Laura. Cullen dan Celine hanya menurut. Mereka bersalaman dan berpelukan. Cullen mencium pipi Celine.

"Abang... Minta maaf." Celine mengangguk. Dia masih belum boleh bercakap tapi dah boleh faham apa yang orang katakan.

"Dah, pergi main dekat dalam." ujar Laura. Celine dan Cullen mengangguk. Cullen menggenggam tangan Celine dan mereka naik ke tingkat atas untuk bermain. Laura tersenyum dan sekadar menggelengkan kepalanya.

"Bila kau nak kahwin ni, Rayyan? Umur dah 33." ujar Rain sambil bermain dengan glocknya. Rayyan menatap Rain.

"Soon." ujar Rayyan. Rain memandang Rayyan dengan kening yang terangkat.

"Siapa pulak? Setahu aku, kau tak ada calon." ujar Robin. Ricky dan Rod mengangguk setuju. Rayyan tersenyum sinis.

"Aku dah lama ada calon cuma... Bukan masanya lagi." ujar Rayyan. Darren memutarkan bebola matanya.

"Ye ke? Tak pernah tahu pun." ujar Ricky.

"Biarlah rahsia." ujar Rayyan.

"Lantak kaulah. Yang penting, kau kena kahwin. Takkan nak membujang sampai tua." ujar Rain.

"Aku akan kahwin, jangan risau. Calon dah ada. Cuma nantilah, korang tunggu sahaja lah." ujar Rayyan.

"Dah pukul berapa?" soal Rod. Robin mengerling jam di dinding.

"4 petang." ujad Robin.

"Dah lambat bodoh. Laura suruh sampai rumah sharp 4:15 petang." ujar Rain yang tergesa-gesa mengambil kunci kereta.

"Memang kita pecut lah macam ni." ujar Rayyan dan terus berlari mendapatkan motor berkuasa tingginya. Mereka semua memecut laju. Tak takut mati macam itulah.

"Fuh, awal balik." ujar Laura yang sedang menyediakan makanan diatas meja. Mereka tersengih.

"Sayang masak apa?" soal Rain.

"Makanan kegemaran korang. Abang panggilkan Cullen dengan Celine dekat atas." ujar Laura. Rain mengangguk dan menaiki tangga. Dia menolak daun pintu bilik Celine dan Cullen. Keningnya bertaut.

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now