GIK 32

2.6K 163 4
                                    

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

           SEKUJUR tubuh yang ditunjukkan setelah hasil forensik membuatkan Rayden lemah. Itu isterinya. Isterinya yang sudah terbaring kaku, pucat tiada darah di dalam badan. Seluruh badannya terdapat kesan luka-luka dan dialat kemaluannya terkoyak akibat tindakan kejam Raysha.

"Mana bayi dalam kandungan ni?" soal Rayden.

"Semasa kami buat hasil, perutnya sudah kempis. Ini, hasil jahitan perutnya yang dikoyakkan. Mungkin bayinya dikeluarkan secara paksa." ujar doktor itu. Rayden meraup wajahnya dan berlalu pergi. Dia harus mencari Raysha sampai ke lubang cacing. Dia akan menyeksa gadis itu dan membunuhnya dengan sangat kejam kerana dia sudah membunuh isterinya. Dia akan membalas dendam.

2 TAHUN KEMUDIAN...

"Eh sayang... Hati-hati main tu. Jatuh nanti." tegur wanita itu. Budak lelaki yang berkulit putih itu memeluk kaki wanita itu.

"Kenapa, sayang?" soal wanita itu.

"Mama... Rio need ice cream." ucap kanak-kanak lelaki itu. Wanita itu tersenyum dan mengusap kepala anak lelakinya.

"Let's go... Mama will buy for you." ujar wanita itu. Rio menjerit bahagia apabila mamanya mahu membelikannya aiskrim.

"Belle!" panggil seseorang. Wanita yang bernama Belle itu menoleh kearah seseorang yang memanggilnya. Dia tersenyum.

"Patutlah aku cari kau dekat rumah tak ada. Rupanya kau dekat sini dengan anak kau." ujar wanita itu. Belle tersenyum dan memberikan aiskrim kepada Rio.

"Kenapa kau cari aku, Lara?" soal Belle.

"Nah." ucap Lara sambil memberikan sesuatu kepada Belle. Belle mengambilnya. Dahinya berkerut memikirkan apa yang ada di dalamnya.

"Bukalah." ujar Lara. Belle tersenyum dan membukanya.

"Kau pasti?" soal Belle. Lara mengangguk. Belle menghela nafas berat. Belle mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangannya lalu mendail nombor seseorang.

"Shāle tā (kill him)" ujar Belle lalu mematikan panggilannya. Lara mengerutkan keningnya kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh gadis dihadapannya itu.

"Rio, jom balik sayang." panggil Belle. Rio berlari anak kearah mamanya. Tubuh anak kecil itu digendong oleh Belle dan berjalan masuk ke dalam kereta. Lara hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau okay?" soal Rayyan. Rayden yang sudah tidak terurus itu meraup wajahnya. Jambang didagunya sudah mulai tumbuh dengan lebat. Langsung tiada hati untuk mencukurnya sama sekali. Hatinya sudah dibawa pergi oleh kematian Laura. Dia hanya bertahan hidup hanya kerana ingin membalaskan dendamnya kepada Raysha. Rayyan menepuk bahu Rayden.

"Aku dah jumpa Raysha." ucap Rayyan. Wajah Rayden terus tertoleh kearah Rayyan. Wajahnya seperti tidak percaya yang Raysha berani-berani menjejakkan kakinya ke pulaunya setelah apa yang dilakukannya.

"Siapkan orang-orang. Kita akan balas dendam malam ini juga." ujar Rayden. Rayyan mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Rayden.Rayden berdiri dari duduknya. Dia menanggalkan pakaiannya lalu dicampak ke dalam bakul pakaian.

Pintu bilik mandi ditolak perlahan dan ditutup. Dia melihat dirinya melalui pantulan cermin. Masih hensem tetapi sudah seperti tarzan. Rambut yang panjang, jambang yang lebat dan kusut masai. Langsung bukan Rayden yang selama ini, kita kenal.

Rayden membuka pancuran air dan membasahkan tubuhnya. Setelah siap, dia berdiri dihadapan cermin dan mengambil shaving cream lalu disapukan dijambang yang lebat itu. Diambil pencukurnya itu lalu dengan hanya 3 minit, dagunya sudah bersih tanpa sebarang jambang. Gunting diambil lalu memotong rambutnya lama.

Kakinya melangkah keluar dari bilik mandi, tingkap biliknya yang dia sedari tadi terbuka. Dia mengerutkan keningnya. Siapa yang buka tingkapnya?

Dia mendekati tingkapnya dan netra zamrudnya tajam menikam sehelai kertas kecil terselit ditingkap itu. Dia merampasnya dan membacanya perlahan.

"Soon, Rayden..." —B.V.L.

"Siapa B.V.L? Tak pernah-pernah aku kenal orang nama tu." ujar Rayden mengerutkan keningnya. Dia meronyokkan kertas itu dan membuangnya kedalam tong sampah. Dia memakai pakaiannya dan keluar dari biliknya menaiki tangga menuju ke ruang tamu.

"Any news?" soal Raysha.

"Tak ada. Susah nak dapat. Terlalu licik." jawab Emilio. Raysha mendengus. Dia mengambil pisau tajam diatas meja lalu membalingnya tepat digambar seseorang. Dia tersenyum sinis.

"You're the next target." ujar Raysha. Emilio mengalihkan wajahnya kearah gambar yang dikatakan oleh Raysha itu. Dia mengerutkan kening.

"Siapa pulak dia ni?" soal Emilio.

"Belle." ujar Raysha.

"Belle? Kau kenal ke?" soal Emilio. Raysha tersenyum senget.

"Dia ketua mafia dekat China. Aku baru tahu yang ketua mafia situ ialah seorang perempuan." ujar Raysha. Emilio tersentak.

"Belle? Ketua mafia dekat China? Ace Angel tu?" soal Emilio. Wajah Raysha dipalingkan kearah Emilio.

"Kau tahu?" soal Raysha. Emilio mengangguk laju.

"Dia sepatutnya dah angkat pangkat tu jadi ketua sejak 2 tahun yang lalu tapi aku tak tahu baru tahun ni pula dia nak angkat pangkat tu. Dia paling licik antara kita. Nak dibandingkan dengan kau, dia jauh lebih licik. Pengedar senjata api yang paling popular dekat Rusia." ujar Emilio. Raysha terus menikam telapak tangan Emilio.

"Argh!!!!"

"Kau puji dia berbanding aku? Siapa yang bos kau sekarang ini?" soal Raysha.

"Kau..." jawab Emilio memegang tangannya yang sudah mengalirkan banyak darah. Anak buahnya membantu membalut luka sayatannya yang mujur sahaja hanya sedikit. Kalau tertembus, memang mati lah nak.

"Aku nak tanya... Kenapa muka dia macam—"

"Macam Laura. Kan? Aku pun pelik. Sejak bila Laura ada kembar? Semua maklumat aku cari, Laura memang anak tunggal. Pelanduk dua serupa ke?" soal Raysha.

"Boleh jadi, dia pelanduk dua serupa. Boleh jadi, dia buat pembedahan plastik. Dan boleh jadi kalau dia ialah Laura." ujar Emilio. Raysha mengetap bibirnya.

"Laura dah lama mati." ujar Raysha.

"Aku tahu." ujar Emilio. Raysha menjeling dan kembali menatap gambar Belle. Pelbagai soalan muncul difikirannya. Gadis di dalam gambar itu terlalu misteri dan dapat dirasakan auranya yang menakutkan. Aura dia lain dari yang lain.

"Emilio, cari maklumat pasal dia lagi. Pasang spy." ujar Raysha. Emilio mengangguk faham. Raysha tersenyum senget.

"Siapa sebenarnya kau ni, Belle?" soal Raysha.

"Kenapa kau baru muncul setelah sekian lama?" soal Raysha lagi.

"Untuk apa? Kau cari apa? Apa sebenarnya rancangan kau, perempuan?" Raysha membaling satu lagi pisau digambar itu. Tepat terkena dikepala Belle.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update banyak sikit sebab idea tengah melimpah ruah. Alhamdulillah HAHAHAHHA. So, happy reading !! And I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KINGحيث تعيش القصص. اكتشف الآن