ᗷᗩᗷ 8

743 86 110
                                    

Keesokkan harinya.

TOK , TOK

" Nik Laura Ariana bangun !!! " Jerit Amanda.

" Ingat ya , harini last jadi anak dara. Petang nanti dah nak jadi isteri orang " pesan Amanda.

" Dah cepat bangun. Lepastu solat subuh ! " Arah Amanda.

" Hmmm. Yelah yelah. " Ariana menangguk.

Dia terus bangun untuk pergi membersihkan dirinya dan menunaikan solat subuh.

Setelah selesai Ariana menunaikan solat subuh , dia terus turun ke bawah untuk menolong apa yang patut. Walaupun harini hari pernikahannya.

"Ha turun pun ingatkan dah tak turun " kata Datin Adeliea.

Ariana tersengih.

" Mestilah Ari turun. Takkan nak terperap je dalam bilik tu. " Jawab Ariana.

" Akak , Ari takut la " kata Ariana sambil memegang tangan kakaknya.

" Relax la Ari. Bukan Ari yang salam tok kadi tau tak ! " Jawab Amanda dengan tenang.

" Macam mana Ari nak relax , berdebar ni lain macam. Gelabah pulak tu " balas Ariana.

" Okay dengar apa akak nak kata ni , jangan gelabah sangat. Relax okay. Selawat banyak banyak " kata Amanda sambil mengusap kepala adiknya..

" Dah jom makan " ajak Dato Nik Aidan.

" Okay daddy. " Mereka berdua menangguk. Mereka berdua terus pergi ke meja makan.

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari.

" Weh , dah pukul 1 ni. Kejap lagi dah nak masuk waktu zohor " kata Ariana dengan panik.

" Relax. Tarik nafas dalam dalam lepastu hembus. " Jawab Nabila.

" Aku tak boleh relax la. Jantung aku ni dari tadi tak henti henti. Asyik berdegup kencang je tau tak " balas Ariana.

" Ye kitaorang tahu kan berdebar tapi sabar and relax. Selawat la banyak banyak. Doa semoga semuanya di permudahkan. Semuanya berjalan lancar. " Kata Batrisya sambil menggosok belakang Ariana.

Ariana menangguk. Dia tersenyum memandang Nabila dan Batrisya.

" Allahuakbar , allahuakbar "

" Jom kita solat dulu. Majlis lepas asar kan ? " Kata Nabila.

" Yes. " Ariana menangguk.

" Nanti kau solat zohor ni berdoa la banyak banyak. Jangan gelabah sangat nanti " pesan Batrisya.

" Iya lah cik Batrisya. " Ariana menangguk.

" Korang boleh solat dekat bilik tetamu tau " kata Ariana.

" Ye kitaorang tahu. " Nabila dan Batrisya menangguk.

Selepas selesai Ariana menunaikan solat zohor dia duduk di atas katilnya sekejap.

" Patut ke aku pakai masker eh ? Nak bagi cerahkan lagi muka ni " soal Ariana.

" Ermm , nak ke taknak eh ? "

" Pakai je lah. Only 15 minutes. "

Jam menunjukkan pukul 4 petang.

" Ya Allah berdebar nya. " Kata Ariana. Dia menutup matanya dengan perlahan lahan lalu membukanya semula.

***

TOK TOK

" Assalamualaikum ! " Laung Idris.

" Waalaikumussalam. Ha sampai korang bertiga ni. " Jawab Dato Tuan Hashim.

𝘚𝘩𝘦'𝘴 𝘛𝘩𝘦 𝘖𝘯𝘦Where stories live. Discover now