ᗷᗩᗷ 39

339 51 13
                                    

Keesokkan harinya...

Setelah selesai Uwais menunaikan solat subuh di rumah , dia terus bergegas pergi ke hospital untuk melihat keadaan isterinya itu.

Setelah tiba , Uwais hanya duduk di depan pintu bilik ICU isterinya itu. Dia hanya mampu melihat dan berdoa sahaja agar berlaku keajaiban.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi.

" Tuan nak tengok anak tuan ? " Tanya seorang nurse perempuan itu.

" Boleh ke nurse ? " Tanya Uwais pula.

" Boleh tuan. " Nurse perempuan itu menangguk.

" Ikut saya ya " arah nurse perempuan itu.

Uwais menangguk. Dia hanya mengikuti langkah nurse perempuan itu.

" Assalamualaikum anak abi. Abi minta maaf ya semalam abi tengok baby sekejap je. Harini abi baru dapat tengok baby , dapat bercakap dengan baby. Tapi kalau ada ibu , mesti dia happy kan. Anak abi yang cantik , doakan ibu ya. Dah sehari abi tak bercakap dengan ibu ni. Abi rindukan ibu sangat sangat. Rindu nak dengar suara dia , senyuman dia. Muka ibu time blushing. Mata anak abi ni sebiji la macam ibu dia. Semoga membesar dengan baik ya anak abi. Jangan lupa doakan ibu tau. " Kata Uwais. Dia mencium dahi anak perempuannya itu dengan lama. Tidak sangka , dia bergelar seorang ayah pada waktu yang begitu muda iaitu pada umur 24 tahun.

" So macam mana keadaan patient harini ? More better ? " Tanya doktor Irdina.

" Okay. Ha'ah more better than yesterday. " Jawab seorang nurse itu. Dia tersenyum lebar.

" Alhamdullilah. That's good news. " Kata doktor Irdina.

" Hope Puan Ariana cepat sedar la doktor kan ? Kesian dekat anak dia tu. " Kata salah seorang nurse yang berada di situ itu.

" Aamiin. "

" Saya perasan dari semalam lagi husband Puan Ariana ni ada dekat luar tu. Tak pergi mana mana pun. Kecuali solat je. " Jawab doktor Irdina.

" Okay kalau macam tu , kita keluar dulu. And then kita tengok pula dalam 2 - 6 jam ni macam mana ? Patient akan sedar ke tak ya. " Kata doktor Irdina.

" Baik. " Semuanya menangguk.

" Abi pergi dulu ya. Nak tengok keadaan ibu macam mana. Nanti abi datang balik ya little princess abi ni. " Kata Uwais perlahan.

" Takkan la.takde apa apa perkembangan lagi ni ? " Tanya Uwais. Dia kehulu kehilir.

" Dah kenapa dengan wais tu ? Kehulu kehilir je. Macam ada masalah " tanya Hajah Rohana.

" Mana lah saya tahu. Dah la jom kita pergi tengok. " Jawab Haji Fazzly menggeleng.

" Assalamualaikum " kata Haji Fazzly.

" Waalaikumussalam tokk wan. " Jawab Uwais. Dia terus bersalam dengan Haji Fazzly dan Hajah Rohana itu.

" Keadaan Ari macam mana ? " Tanya Hajah Rohana.

" Macam tu la wan. Masih ada dalam ICU lagi. Belum ada apa apa perkembangan sebab tu wais kehulu kehilir tu. " Jawab Uwais.

" Habistu baby macam mana ? " Tanya Haji Fazzly pula.

" Keadaan baby alhamdullilah okay je. Cuma dalam pantauan doktor je lagi. " Jawab Uwais lagi.

" Ya Allah tokk wan bila tokk dengan wan sampai ? " Tanya Ikhwan yang baru tiba itu. Dia terus bersalam dengan Haji Fazzly dan Hajah Rohana itu.

" Baru je sampai. " Jawab Haji Fazzly.

" Semalam dah sampai sini. Tapi tokk suruh datang harini. Lagipun semalam sampai dekat sini malam. Lagipun mesti penat kan. " Balas Hajah Rohana.

𝘚𝘩𝘦'𝘴 𝘛𝘩𝘦 𝘖𝘯𝘦Where stories live. Discover now