EPISOD 3

193 35 122
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

1 Ramadhan

Mak Jah menyiapkan masakan untuk bersahur hari ini. Semua lauk dihidangkan diatas meja makan.

"Hmm, semuanya dah siap. Tinggal nak kejutkan je." Mak Jah segera pergi ke bilik Rafiq untuk mengejut dia dari tidur.

"Fiq, bangun! Sahur." Mak Jah menggerakkan sedikit tubuh Rafiq.

"Erm...dua minit, dua minit." Kata Rafiq dalam keadaan mamai kemudian menarik semula selimut menutupi seluruh badan.

"Dua mini lah sangat, nanti jadi dua jam. Rafiq! Cepat bangun sahur!"

Setelah tidak menerima reaksi yang positif Mak Jah kelihatan berfikir cara nak kejutkan Rafiq dengan cepat.

Pak!

"Aduh sakit Cik Jah!" Rafiq terus terbangun akibat sakit ditampar di bahagian tangan.

"Ha, bangun pun kamu Fiq. Dah jom sahur, nanti terlepas pula. Bangun!" Mak Jah memberikan ruang untuk Rafiq bangun dan mencuci mukanya.

Setelah kepergian Mak Jah, lah Rafiq boleh tidur balik.

Kemudian dia terdengar suara laungan dari tingkat bawah.

"Kalau Fiq tidur balik, Cik Jah siram Rafiq dengan air! Kalau nak sangat, cubalah tidur balik!"

"Ok! Rafiq dah bangun! Aduh potong ah! Baru je nak layan mimpi tadi..." Rafiq segera bangun dan pergi mencuci muka. Pintu dibuka dan langkah dibawa turun ke tingkat bawah.

Tengah mereka menikmati makanan, Rafiq bersuara.

"Cik Mir, jadi ke mama balik ke sini?" Tanya Rafiq teruja.

Malam tadi Pak Amir memberitahu Rafiq yang Puan Marissa, ibu Rafiq akan berbuka puasa bersama dengan Rafiq.

"Hmm....maaflah Fiq, Cik Mir baru je dapat mesej dari Cik Puan, katanya dia tak dapat nak balik. Sebabnya suami dia tak izinkan dia balik. Maafkan Cik Mir ye." Kata Pak Amir dengan rasa bersalah yang amat.

"Ye ke....tak apalah! Tak ada mama, tak ada papa, ada Cik Mir dengan Cik Jah pun Fiq dah happy!" Kata Rafiq tersenyum melihat Mak Jah dan Pak Amir.

Jujurnya, pasangan suami isteri itu hampir saja menangis kerana melihat Rafiq. Mereka tahu Rafiq sedih cuma disorok dengan senyuman palsu.

"Beruntung mama dan papa dapat anak yang baik macam kamu Fiq." Pak Amir pantas mengelap air mata yang bakal mengalir. Begitu juga dengan Mak Jah.

"Ye ke Cik Mir? Heheh, sedang Cik Jah dan Cik Mir yang tak ada kena mengena pun boleh sayangkan Fiq macam anak sendiri......kenapa mama dan papa kandung Fiq sendiri tak pernah sayangkan Fiq macam Cik Jah dan Cik Mir sayangkan Fiq." Ucap Rafiq dengan air mata tertahan.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now