EPISOD 5

186 34 152
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan.....

"Hello Assalamualaikum, mama? Kenapa call Fiq waktu sahur ni?" Tanya Rafiq kepada Puan Marissa di talian telefon.

Masa sahur tadi Puan Marissa menelefon Rafiq.

Tak pernah pula dia telefon Rafiq melainkan Rafiq sendiri yang menelefon Puan Marissa.

"Hmm....balik sekolah nanti mama jemput. Balik rumah mama minggu ni." Jelas Puan Marissa ringkas.

"Hah, ye ke mama! Yeay! Terima-" belum sempat Rafiq ucap terima kasih, panggilan telefon ditamatkan oleh Puan Marissa.

Walaupun cuma kalimat itu yang dituturkan oleh Puan Marissa, tetapi dah cukup untuk menggembirakan hati Rafiq.

"Yeay! Cik Jah! Cik Jah!" Panggil Rafiq kuat.

Mak Jah yang sedang membasuh pinggan di dapur datang ke meja makan dengan pantas selepas mendengar teriakan dari Rafiq.

"Ye Fiq, ada apa ni?" Tanya Mak Jah sedikit cemas.

"Tadi mama ada call, dia cakap dia nak bawa Fiq balik rumah dia! Fiq seronok sangat Cik Jah!" Tidak tahu apa yang dia mahu gambarkan, yang pastinya dia sangat gembira kerana dapat meluangkan masa dengan ibunya sendiri.

Mak Jah yang mendengar pun turut sama tumpang gembira. Bagi Mak Jah, Rafiq gembira...dia pun turut sama gembira.

"Alhamdulillah. Cik Jah tumpang gembira. Nanti duduk sana jaga diri tu elok-elok. Nanti Cik Jah siapkan baju-baju Fiq ye." Kata Mak Jah sambil tersenyum melihat Rafiq yang terlampau gembira.

"Terima kasih Cik Jah! Fiq nak pergi sekolah dulu."

"Hei! Fiq! Amboi tau lah dia tu teruja nak balik rumah mama. Tapi jangan lah awal sangat. Ni baru je pukul enam Fiq."

"Hehehe sorry Cik Jah. Tak perasan pula baru pukul enam." Rafiq tergelak kecil atas tingkah laku sendiri.

"Tak apa Cik Jah faham. Dah pergi mandi, solat subuh lepastu siap-siap."

"Baik Cik Jah!" Rafiq segera berlalu ke bilik dan bersiap untuk mandi.

'Ya Allah Ya Tuhanku....semoga Cik Puan takkan menghampakan harapan Rafiq. Aku tak sanggup nak tengok Rafiq berendam dengan air mata lagi. Kalau boleh biarlah dia mendapat kebahagiaan yang sepatutnya....' doa Cik Jah didalam hatinya.

Semoga doa itu diperkenankan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now