EPISOD 16

176 20 19
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

Rafiq sekarang sedang berjalan kaki untuk pulang dari sekolah.

Didalam perjalanan, mata Rafiq melihat Hanif sedang dikerumuni Fikri dan kawan-kawannya.

"Wei budak! Aku nak duit tu. Aku tau kau banyak duit, bagi aku!" Fikri merapatkan dirinya ke arah Hanif sehingga dia tidak dapat bergerak kemana-mana.

"S-saya....tak ada duit." Balas Hanif tidak mahu memberikan duitnya kepada Fikri.

"Aku....tak suka tau orang tipu ni. Aku cakap bagi duit kau!" Fikri mengambil duit yang berada di dalam poket baju Hanif secara paksa.

"Tak nak! Ni duit saya! Abang tak boleh ambil! Jangan!" Hanif melawan dengan memukul lengan Fikri tetapi tidak memberi kesan walau sedikit pun kepada dia.

Pang!

Fikri menampar muka Hanif sehingga dia terjatuh.

Fikri menangis teresak-esak kerana pipinya terasa panas dan sakit akibat ditampar itu.

Pak!

Beg sekolah milik Rafiq dibaling dan kena pada tubuh Fikri membuatkan dia terjatuh dan duit itu terlepas dari tangannya.

"Adoi! Tak guna kau Rafiq!"

Rafiq tidak membuang masa. Dia terus memukul kesemua rakan-rakan Fikri.

Krak!

"AHHH!" Jerit salah seorang rakan Fikri apabila Rafiq mengilas tangannya sehingga menghasilkan bunyi retakan.

Dan pada akhirnya kesemua rakan-rakan Fikri melarikan diri meninggalkan Fikri berseorang berhadapan dengan Rafiq.

"Woi! Tak guna punya kawan tinggalkan aku sorang-sorang!" Fikri menjadi takut melihat pandangan mata Rafiq yang begitu tajam sekali.

"Aku ni diam tak bermaksud aku lemah. Sekali kau cari pasal dengan aku....beribu-ribu kali ganda aku balas dekat kau."

"Ini amaran terakhir aku pada kau! Kalau kau kacau adik aku atau mana-mana kawan aku, hidup kau takkan pernah selamat! Kalau kau tak percaya cuba lah buat!" Rafiq menyepak kepala Fikri sehingga dia terjatuh semula ke tanah.

"Berambus kau!" Halau Rafiq dengan suara yang kuat.

Fikri yang sedang ketakutan dan kesakitan itu terus melarikan diri kerana takut melihat Rafiq dengan aura yang lain daripada sebelum ini.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now