EPISOD 18

180 22 47
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

Tuan Firdaus cemas. Dia tidak sempat menangkap pasu itu. Dia berdoa agar tidak terjadi apa-apa pada Rafiq.

PRANG!

Sebilah pedang samurai terbang dari arah pintu terkena tepat ke pasu kaca dan pecah tanpa terkena pada Rafiq.

Kemudian pedang samurai itu tertusuk pada dinding konkrit rumah itu.

"Apa dah jadi dengan diri kau ni Zahran!" Sudah tiba masanya untuk Tuan Fattah masuk campur di dalam urusan keluarga ini.

"Jah, Mir. Bawa Rafiq pergi hospital sekarang." Arah Tuan Fattah pada Pak Amir.

Pak Amir dan Mak Jah segera memapah Rafiq masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan mereka pun bertolak terus ke hospital.

Sementara kini tinggal Tuan Fattah, Tuan Firdaus, Tuan Zahran dan Puan Karlisa disitu.

Shing!

"Kau bukan seorang yang suka melawan, tapi kenapa kau berubah sampai macam ni sekali hah!" Tuan Fattah mencabut pedang samurai yang terlekat di dinding tadi.

"Along tanya kau balik.....apa dosa budak tu sampai kau dera dia teruk macam tu?" Tanya Tuan Fattah dengan nada suara yang lebih rendah daripada sebelum ini.

"Banyak! Banyak benda yang budak tu dah buat! Memang layak dia kena pukul! Mula-mula anak bekas bini aku dia tolak jatuh dari tangga, sekarang ni anak aku pula dia pukul untuk mintak duit dia!" Balas Tuan Zahran dingin.

Tidak ada langsung hormat di dalam diri Tuan Zahran pada abangnya itu.

"Kau pasti ke? Rafiq punca segala-galanya? Hah?! Kau pasti ke Rafiq yang pukul anak kau dan mintak duit anak kau?!" Tuan Fattah menyoal Tuan Zahran semula dengan nada provokasi.

"Bukti dah ada di depan mata lah! Tuhan tu kalau nak tunjukkan kebenaran, dia akan tunjuk juga!"

"Tapi yang angah nampak depan mata sekarang ni bukanlah bukti melainkan fitnah semata-mata!" Balas Tuan Firdaus turut mempertahankan kenyataan Tuan Fattah.

"Kalau gambar takkan lah nak menipu kita!" Tuan Zahran nampaknya tidak mahu kalah.

"Zaman sekarang dah moden Zahran. Semuanya boleh diedit guna komputer. Takkanlah kau tak boleh tangkap lagi yang ada orang cuba nak hancurkan keluarga kau sekarang ni!"

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now