EPISOD 4

179 34 137
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

"Fiq...." Panggil Irfan perlahan semasa didalam kelas.

"Apa? Cikgu tengah ajar tu. Tengok depan." Balas Rafiq malas melayan.

"Fiq....lapar."

"Amboi kau! Baru pukul dua belas! Lapar mende! Kan puasa ni. Itulah kau, cari pasal dengan aku lagi. Kan dah kena kejar. Padan lah muka sendiri! Penat sampai dahaga." Kata Rafiq dengan pandangan tajam ke arah Irfan.

"Alah...." Irfan memasamkan muka kemudian memandang ke hadapan.

Pelajaran Rafiq hari itu menjadi sedikit tidak fokus dek kerana Irfan. Kerap kali dia tanya....

"Wei, dah nak balik ke?"

"Ya Allah! Ada yang aku campak keluar kelas ni kang. Belum lagi! Lagi dua puluh minit Irfan Hadi! Dua puluh minit!" Kata Rafiq dengan nada kesal.

Memang sangat tak fokus.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pulang dari sekolah....

"Panasnya...haus lah." Daripada keluar pagar sekolah sampai sekarang asyik cakap haus je.

Rafiq sampai dah naik malas nak melayan.

"Sabar, lebih kurang tujuh jam je lagi. Hei kau ni, boleh tak matang sikit! Kau dah tujuh belas tahun tau. Bukan lima tahun!"

"Alah kau ni, aku baru first time jalan kaki time balik sekolah dalam bulan puasa. Kalau hari biasa tak ada masalah aku nak jalan kaki." Rungut Irfan.

"Apa-apa je lah Irfan oi. Janji jangan kau buka puasa balik ni sudah lah."

Setelah tiga puluh minit berjalan, mereka pun sampai....di rumah Irfan.

"Haih, apalah nasib aku. Dah nak kena hantar kau balik pula! Dah sampai dah ni. Kau pergilah masuk." Suruh Rafiq yang melihat Irfan macam dah tak bermaya sangat tu.

"Thanks lah. Aku masuk- Eh papa! Papa balik awal ke harini?" Tanya Irfan teruja melihat Tuan Firdaus keluar dari pintu depan menyambut Irfan.

"Ya, papa balik awal harini. Papa cuti separuh hari. Esok papa kerja macam biasa." Ujar Tuan Firdaus tersenyum melihat Irfan yang tadi tak bermaya terus semangat.

"Bestnya! Boleh papa temankan Irfan main game harini! Fiq, aku masuk dulu tau! Bye!" Terus Irfan berlari masuk ke dalam tanpa menanggalkan kasut.

"Hmm bertuah punya budak. Fiq, tak nak singgah dulu ke? Kan panas ni. Nanti penat pula." Pelawa Tuan Firdaus.

"Tak apalah Pak Ngah. Fiq dah biasa dah. Cuma Irfan tu je lah, mengada-ngada nak ikut jalan sekali. Dah tahu penat nak juga jalan."

"Hahaha! Irfan memang macam tu. Dia tu memang kadang-kadang manja kalau dah penat sangat. Jadi Fiq buat biasa dah lah ye dengan dia."

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now