EPISOD 21

203 22 44
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan...

28 Ramadhan...

Puan Marissa datang ke hospital bersama-sama dengan Encik Fawwaz dan juga Khalif dengan niat ingin menjenguk Rafiq.

Sebenarnya Encik Fawwaz terpaksa datang kerana Tuan Fattah memujuk Puan Marissa untuk menjenguk Rafiq. Dek kerana rasa simpati Puan Marissa pada Rafiq, dia datang juga melawat.

Kalau ikutkan Encik Fawwaz dan Khalif yang keras hati itu, memang tidaklah diaorang nak datang melawat.

Mereka sekeluarga sampai di hadapan bilik wad Rafiq.

Puan Marissa sangat terkejut kerana telah melihat kehadiran seorang lelaki yang membuatkan Puan Marissa merasa benci.

"Kau buat apa dekat sini." Tanya Puan Marissa dingin kepada bekas suaminya, Tuan Zahran.

"Kau tanya aku? Habis kau tu buat apa dekat sini?" Soal Tuan Zahran semula.

"Aku datang sini sebab nak jenguk anak aku lah! Aku ni bukannya macam kau, walaupun aku benci dia....dia tetap juga anak aku." Balas Puan Marissa dengan rasa menyampah pada Tuan Zahran.

Sudah lama dia bersabar dengan perangai Tuan Zahran. Dan kesabaran itu akhirnya hilang apabila dia sendiri meminta cerai pada Tuan Zahran dan mereka akhirnya berpisah.

"Ye ke, bukan kau dengan budak tu bergaduh besar....sampai kena halau? Hmm? Mak jenis apa ni." Tanya Tuan Zahran sinis.

"Habis kau tu? Bukan ke kau tak sayangkan Rafiq? Kau tak anggap dia sebagai anak kau....tak nak tengok muka dia langsung. Kenapa kau ada dekat sini?" Puan Marissa menangkis hujah Tuan Zahran itu.

Senang cerita masing-masing ego. Tidak mahu mengalah...padahal di dalam sudut hati mereka, rasa sayang itu ada. Cuma tidak mahu ditunjukkan...

"Sudah! Boleh tak jangan gaduh? Sini hospital lah!" Tuan Firdaus yang baru sampai di situ segera meleraikan mereka berdua sebelum pertengkaran besar berlaku.

"Huh!" Kedua-dua mereka saling memandang tempat lain dengan tangan disilangkan ke dada.

Tuan Firdaus menepuk dahi. Rasa nak gelak pun ada melihat Tuan Zahran dan Puan Marissa begitu.

"Baguslah kalau korang berdua datang sini. Sekurang-kurangnya ada juga tanggungjawab yang korang tunaikan. Pergilah masuk ke dalam." Tuan Fattah tersenyum melihat mereka berdua dan menyuruh mereka untuk masuk ke dalam.

Kerana tidak mahu bercakap dengan Tuan Fattah, Tuan Zahran segera masuk ke dalam dan diikuti dengan Puan Marissa.

"Ha! Tiga ekor penyamun ni pun ada dekat sini rupanya." Kata Tuan Fattah sarkastik kepada Encik Fawwaz, Khalif dan juga Puan Karlisa.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now