part 1

46 6 23
                                    

Victoria Highschool

KRING!!!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah bermula.

Siti berjalan melalui koridor bangunan untuk ke kelas yang menempatkan kelasnya sambil mendengar lagu melalui headphonenya.

Yup, sekolah tu boleh bawak phone and so on. Jangan bawak bahan terlarang sudah

5 Emerald

Setelah tiba di hadapan kelas, Siti melangkah masuk dan menuju ke tempat duduknya di belakang Adelya.

"Wassup babe." Siti hanya mengangkat kening bagi membalas sapaan Najiha lalu mereka melakukan handshake dan diikuti oleh Adelya dan Sirrah.

"Weh weh, korang nak tahu tak..." Adelya ingin menyampaikan sesuatu dengan senyuman yang terlakar di wajah cantiknya itu, tetapi belum sempat Adelya meneruskan ayatnya, Siti memotong terlebih dahulu percakapan gadis tersebut

"Taknak" Jawab Siti sepatah

Mendengar sahaja balasan daripada sahabatnya itu, senyuman yang terlakar kian mengendur dan digantikan dengan mulut yang memuncung.

Ni kalau aku ikat mulut kau yang muncung sedepa tu pastu ikat kat kipas kang, naya je dapat.

"Hisshh, dengar lah dulu aku nak citer ape ni.."

"Haih citer lah cepat." Pasrah Siti

Jiha dan Sirrah hanya melihat rakannya itu tersengih sorang sorang dengan muka yang 'kau ni dah kenapa Adel ??.'

"Aku rasa aku dah tahu dia nak citer pasal apa." Bagitahu Jiha kepada Sirrah.

"Aku pun" Jawab Sirrah

"Ko nak citer ke nak senyum sampai esok ni??" Pertanyaan Siti tersebut dapat mematikan lamunan Adelya.

"Isshhh, spoil arh kau Siti."

"Spoil tak spoil, aku ni dari tadi duk tunggu kau nak cerita. Pastu bila aku nak dengar citer kau, kau tersengih pulak sorang sorang. GHISAUU TUL DENGAN BUDAK NI SORANG." Bebel Siti

Walaupun mereka dah tahu Adelya ingin bercerita tentang apa dan kenapa dan mengapa dan bagaimana cerita tersebut, mereka bertiga sebagai sahabat mithali ehek haruslah mendengar dengan tekun walaupun perkara yang hendak diceritakan dan menceritakan oleh gadis itu perkara yang sama. Haih~

"Ok ok, cerita dia macam ni... Tadi ka-"

"Semua bangun!!!!" Faris Amin, merangkap ketua kelas 5 Emerald bersuara sekaligus memberhentikan percakapan Adelya.

"SIAL!!" Maki Adelya.

"Pfft-" tiga orang gadis tersebut menahan tawa mereka dari terletus apabila melihat wajah cemberut dan tidak puas hati milik rakannya itu.

Tu lah, tadi cikgu tak masuk lagi kau duduk tersengih sorang sorang macam org giler kenapa Adel oii. Ni cikgu masuk, nak marah marah plak. Aku hempuk kang.

"Ok class, let's start our lesson for today."

Maka bermulalah pelajaran dan pembelajaran kelas tersebut.



°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°



Kring!!!!!

Setelah selesai menghabiskan waktu pelajaran pada sesi pertama dan kedua, Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat membuatkan semua pelajar gembira dan tergesa-gesa untuk ke kantin.

VolleyballWhere stories live. Discover now