part 14

15 4 14
                                    


"Alhamdulillah, sampai pun." Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari Kuala Lumpur, akhirnya selamat tiba di Terengganu Darul Iman pada jam 1:15 petang.

Siti mengeluarkan dirinya dari kereta seraya meregangkan tubuh badannya sehingga terhasil letupan-letupan kecil dari regangan tersebut.

"Woii bangu-" Baru sahaja Siti ingin membuka pintu penumpang belakang yang menempatkan dua orang sahabatnya, iaitu Adelya dan Najiha. Adelya terlebih dahulu keluar dari kereta lalu berlari seperti kanak-kanak riang diikuti Najiha di belakang.

"Yeay!! Dah sampai!! Tok ooo tok!! Cucu tok yang paling gorgeous dah sampai ni!!" Jerit Adelya

"Tok!! Orang pinjam tandas kejap. Mekasih tok! Sayang tok! Muah!!" Sempat Najiha memberi flying kiss sambil berlari ke tandas untuk qada' hajat.

Siti dan Sirrah menuju ke belakang kereta untuk mengeluarkan barang-barang yang dibawa mereka di dalam bonet. Tunggu dua orang tu buat? Sampai esok pun belum tentu beg ni keluar dari bonet.

Sedang leka Siti dan Sirrah mengeluarkan barang, telinga mereka dapat menangkap sayup-sayup kedengaran suara yang sedang berbalah kecil.

"Aku sampai dulu!"

"Arh tepi-tepi! Bagi cucu ori dulu salam." Suara Syafiq berjaya memberhentikan pertelingkahan dua gadis itu.

"Ceh, cucu ori konon. Menyampah."

"Biarlah, kacau hidup kau ke? pendek."

"Bab-"

"Haih kamu ni, dengan Adel pun nak gaduh ke?" Puan Syuhada muncul bersama dengan Encik Saifullah.

"Dia cari pasal dengan orang dulu."

"Eh mung ni, dari takdi agi tok tengok duk baloh. Lengoh doh tok hulur tangan ni nok salam, tapi takdok orang sambut pun. Nok salam ke dok ni?"

Tok atau di kampung tok dikenali sebagai Tok Som bersuara setelah selesai menonton perbalahan yang tidak berbayar di depan matanya.

"Eheh, mintok maaf banyok tok. Kawan kakak ni cari pasal dengan orang lu. Orang dok cari pasal pun dengan dia." Tangan tok disambut lembut lalu mengucup dengan tertib.

"Hmm, ye ye je mung ni."

"Iye lah tok, orang masuk dulu eh tok." Pamit Syafiq sopan.

"Saya pulak nak salam tok!" Adelya muncul di hadapan tok secara mengejut.

"Ya Allah budok ni, main terjoh je. Nasib baik tok takdok nyakit jantung. Kalau dok, innalillah doh tok mo'or."

"Hehehe, Sorry tok." Tangan Tok Som disalam Adelya dan diikuti Mimi di belakang.

"Mana cucu tok?" Tanya tok apabila 'cucu' yang dicarinya belum tertangkap oleh penglihatannya.

"Eh tok, yang depan mata ni bukan cucu ke?" Soal Adelya sekadar gurauan.

"Kamu pun cucu tok jugok, tok tengoh cari cucu ori tok ni." Ujar tok.

"Main cucu ori pulak tok ni, cucu yang tak ori ni macam mana?" Soal Adelya lagi.

"Macam tu lah, nok buat lagu mane lagi?"

"Hmm ye lah tok, cucu ORI tok kat sana tu hah." Perkataan 'ori' ditekankan dalam perbualan.

Adelya menunjukkan Siti dan Sirrah yang sedang membawa barang milik mereka.

"Kau bawak apa siot. Berat namatey beg ni, ambik lah ni. Tengok je ke? Eii aku hempuk jugak nanti budak ni. Bukan nak tolong orang angkat beg, bla bla bla......"

Beg yang dibawa Siti diletakkan di hadapan tangga rumah, suara bebelan Siti semakin perlahan dari pendengaran Adelya dan Tok Som setelah gadis tersebut kembali menuju ke arah ayahnya.

VolleyballWhere stories live. Discover now