part 10

19 4 33
                                    


Kring!!!

Bunyi sahaja loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan, semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Tetapi tidak bagi pasukan volleyball, dimana mereka mempunyai training pada petang ini.

"Oii minah-minah sekalian. Jejaka-jejaka idaman para gadis telah sampai. Muahahahah." Sapa satu suara di hadapan muka pintu kelas 5 Emerald.

Siti, Adelya, Najiha dan Sirrah yang masih berada di dalam kelas itu memalingkan wajah mereka dan menayangkan riak jelek apabila mendengar suara sumbang seseorang.

"Cantik betul bahasa kau ek. Kitorang ada nama okey. Sesuka hati kaki dia je panggil kita minah." Balas Najiha bagi kata-kata Syafiq sebentar tadi.

"Biarlah, kaki aku. Bukan kau lah."

Main kaki pulak dah dua orang ni.

"Ceh, jejaka idaman lah sangat." Balas Sirrah dengan muka tanpa perasaan.

"Eh mesti, kau jealous eh. Takpe-takpe, Haqeem sedia menunggumu wahai Sirrah. AHAHAHAH."

Haqeem yang mendengar tuturan Syafiq sebentar tadi menayang riak tidak puas hati.

"Kepala hangguk kau." Mendatar sahaja balasan Sirrah.

"Ekhem."

Mendengar deheman Harith yang berada di sisi Naim, Syafiq terus memperkenalkan Harith kepada gadis-gadis di hadapan mereka.

"Oh, ni hah. Nama dia Muhammad Harith Mikael Bin Hanafi, berumur 16 tahun 7 bulan 15 hari. Tinggal dekat Taman Melati bersebelahan dengan rumah aku. Masa dekat sekolah lama dulu pernah main volleyball, lepastu dia nak join team aku. Lepastu aku on je lah, lagipun team aku tak cukup orang. Si Shah tu pindah pulak and bla bla bla....

4 orang gadis tersebut tercegang mendengar Syafiq betutur tentang biodata jejaka yang bernama Harith.

"Weyh, sudah lah tu. Asal panjang sangat kau ni." Harith mencubit sisi pinggang Syafiq apabila Syafiq over menceritakan tentang dirinya. Detail pulak tu. Umur pun sampai bulan dengan hari.

"Ouh, terlebih eh. Maafkan patik."

"Hai Harith." Sapa Adelya dan Najiha serentak.

"Hai." Balas Harith kaku. Baru kenal, biasalah.

"Ok, yang happy-go-lucky dua orang ni, Adelya dan Najiha. Dua orang yang beku tu pulak, Siti dan Sirrah. Kalau perangai diorang masuk air pun dengan dua orang ni je lah." Syafiq memperkenalkan 4 orang gadis tersebut dengan perwatakannya sekali.

"Ouh, hai."

Siti dan Sirrah hanya menjongketkan kening mereka sebagai sapaan Harith.

"Jom arh, aku nak pergi solat dulu. Nanti kita ada game an. Dah bersedia nak kalah ke bro." Ujar Adelya seraya menjongketkan kening bagi mencabar Syafiq dan yang lain.

"Get ready eh boys." Sambung Najiha pula dan mengikuti langkah Adelya yang menuju ke arah surau sekolah.

"Pi solat, nanti siap solat korang makan lah dulu. Nanti takde tenaga, senang-senang je kitorang menang. Eheheh. Ingat!! Jangan lambat eh. See yah~" Siti meninggalkan 5 orang jejaka tersebut seusai menghabiskan kata-katanya tadi. Sirrah mengikuti langkah Siti.

"Weyh, asal seram dho." Haqeem bersuara sambil menggosok bulu romanya yang menegak 90 darjah.

Naim dan Aireel menelan liur yang berasa tersekat di kerongkong masing-masing.

VolleyballWhere stories live. Discover now