part 21

29 4 39
                                    

Suasana di meja makan dipenuhi dengan gelak tawa dan perbualan yang menggamit peristiwa-peristiwa pada zaman bujang bagi dua pasangan sejoli tersebut.

Sedang asyik berbual, mereka ditegur dengan satu suara.

"Mak, orang dengan Harith nak pergi dekat depan kejap, nak ambil angin malam. Ayahanda-ayahanda dan ibunda-ibunda sekalian teruskan lah perbualan kalian ya. Anakanda berdua ingin meminta diri dahulu." Ujar Syafiq seraya Harith membontoti dari belakang.

Semakin dekat jarak dengan pintu utama, terdengar suara seseorang sedang bercakap.

"Hah? Kenapa dia nak ikut sekali? Eii baru balik dah buat hal. Pening lah aku." Ujar Siti kepada si pemanggil.

Siti yang sedang khusyuk berbual, tidak sedar akan ketibaan Syafiq di muka pintu.

"Hah ye lah, tapi aku rasa Teacher Yana dengan Sir Afiq bagi je kut. Dia kan Favorite student diorang."

Siti menjauhkan sedikit gajet tersebut dari telinganya apabila suara dari corong telefon menghamburkan kata-kata separa menjerit.

Syafiq dan Harith berlalu pergi ke pintu belakang apabila kelihatan Siti ralit berbual dengan si pemanggil. Syafiq pasti Harith ingin menanyakan pelbagai soalan kepada dirinya.

"Duduklah, duduk kat sini best sikit. Sejuk je. Kat depan tadi aku rasa panas sebab ada gorgon." Dengan selamba badak dia menuturkan kata tersebut.

Harith melabuhkan punggungnya di kerusi yang telah tersedia di halaman belakang tersebut.

Kawasan sekitar diperhatikan sejenak oleh si jejaka sebelum seekor bulus mengelilingi kakinya seperti ingin dimanja.

Harith segera mengangkat lalu meletakkan bulus tersebut di atas ribanya.

Syafiq yang sedang fokus terhadap gajetnya hanya melirik sebelum bertanya.

"Kau suka kucing?"

"Suka lah jugak, kenapa?"

"Hah bagus, kau ambik lah kucing-kucing ni. Menyemak je duduk rumah aku. Werkk, kau tu bukan function pun duduk rumah ni. Asyik makan minum minum makan je. Erhh." Ucap Syafiq panjang lebar meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Eh kau, rilek arh. Dengan kucing pun nak emo ke. Lagi satu, ni kucing kau ke? Suka hati kau je nak bagi aku." Tanya Harith sambil mengelus si bulus yang berada diribanya dengan manja.

"Tak, bukan kucing aku ni kucing kakak aku." Dengan selamba Syafiq munuturkan kata tersebut.

"Hah!" Kedua tapak tangan Harith mendarat di permukaan meja dengan kuat.

"Opocot kucing kau meletop!"

"Meow!"

"Weyhh kau pehal siaa, kene sampuk ke? Tanjat i tau tak?" Ujar Syafiq terkejut dengan tindakan Harith sebentar tadi.

"Asal kau tak bagi tahu aku yang kau ada kembar? Macam mana Siti tu boleh jadi kembar kau? Kenapa muka korang t-" pertanyaan Harith terhenti akibat jari telunjuk Syafiq yang berada di bibirnya.

"Sabor bang. Tak reti sabor ke. Nak tanya tu satu-satu lah. Kau ingat aku ni apa? Kaunter pertanyaan?"

"Tapi dalam exam soalan math dia tanya sekaligus." Bidas Harith.

"Tu exam hanat. Aku ni manusia. Kau faham tak, M-A-N-U-S-I-A. Homosapiens you know man."

"Ish, ye lah. Hah citer lah, tadi kata nak citer."

"Apa soalan kau tadi eh?" Syafiq tersengih sumbing.

"Asal kau tak bagi tahu aku yang kau ada kembar." Harith mengulangi soalannya dengan sabar.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Aug 31, 2023 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

VolleyballWo Geschichten leben. Entdecke jetzt