part 19

23 4 20
                                    


"Selamat pagi dunia tipu-tipu!" Jerit satu suara di pagi hari.

"Mama saya sudah bangun mana janjinya, sarapan pagi yang enak~ sambung!"

Puan Syuhada yang baru selesai menghidangkan meja untuk mereka sekeluarga terperanjat mendengar pekikan dan nyanyian suara tersebut.

"Astaghfirullah budak ni, pagi-pagi dah bising." Geleng kepala dibuatnya Puan Syuhada dengan perangai tidak semenggah anak terunanya seorang ini.

"Yang lain mana? Tak turun lagi?" Tanya Puan Syuhada kepada Syafiq yang sedang berselera menyantap sarapan terlebih dahulu.

"Allahuakhbar, kut ye pun lapar, tunggu lah yang lain dulu."

Ya Allah, anak siapa lah ni.

"Abang, tengok anak awak ni. Ikut perangai awak lah ni. Pening saya dibuatnya." Encik Saifullah yang baru masuk melalui pintu belakang terus diserang dengan bebelan si isteri.

"Eh, tu kan anak awak. Bukan anak saya." Ujar Encik Saifullah bergurau.

"Hmm, orang sedar orang ni anak kutip." Syafiq mengelap air mata palsunya.

Pap!!

Kerusi disebelah Syafiq ditarik menjadi tempat Siti melabuhkan duduknya.

"Kau jangan nak over sangat boleh tak. Menyampah."

Syafiq membuat mimik muka mengajuk percakapan saudara kembarnya tadi.

"Mak." Panggil Syafiq.

"Ya?"

"Harini ada apa-apa tak? Pergi jalan-jalan ke?" Tanya Syafiq untuk mengetahui aktiviti pada hari cuti tersebut.

Puan Syuhada ni mana boleh kira, last-last minit baru bagitahu nak buat apa. Baik tanya awal-awal.

"Hmmm mak rasa, mak nak ajak jiran baru kita dinner sekali lah malam ni. Ok tak abang?" Wajah Encik Saifullah dipandang.

"Abang ok je, lagipun abang baru tahu yang Encik Hanafi tu kawan seuniversiti abang. Kecil betul dunia ni kan. Boleh lah sembang-sembang kenangan dulu." Dengar sahaja ayat positif dari sang suami, Puan Syuhada tersengih gembira.

Yes, green light!

"Ok, nanti kita pergi beli barang eh bang?"

"Iyaa sayang~" meleret suara Encik Saifullah.

Ketiga-tiga cahaya mata mereka hanya diam membisu mendengar perbualan ibu bapa mereka.

"Eh cup. Jiran kita yang belah mana ni?" Mimi bersuara setelah mendiamkan diri sebentar tadi.

"Jiran BARU kita sayang." Perkataan baru ditekankan Puan Syuhada.

"Ouh, ok."

Siti dan Syafiq memandang satu sama lain dengan mata yang membulat.

Oh shit

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Syafiq mundar-mandir dihadapan Siti yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Siti yang melihatnya hampir kehilangan sabar.

Orang nak tengok TV lah, bukan nak tengok batang tubuh kau!

"Kau ni dah kenapa? Dari tadi terpusing-pusing depan ni. Kau fikir apa? Masalah negara?" Bertalu-talu persoalan yang meniti keluar dari celahan bibir Siti.

"Weyh, maknanya nanti Harith tu datang sekali lah rumah kita?" Soal Syafiq.

"Ye lah, kenapa?"

"Dia mana tahu kita ni kembar, nanti pecah lah rahsia." Syafiq melabuhkan punggungnya sambil meraup rambut miliknya.

VolleyballWhere stories live. Discover now