03

250 45 33
                                    

Tengah aku merenung papan putih di hadapan kelas, seorang pensyarah yang mengajar di dalam kelas kami tiba - tiba melangkah masuk ke dalam kelas

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Tengah aku merenung papan putih di hadapan kelas, seorang pensyarah yang mengajar di dalam kelas kami tiba - tiba melangkah masuk ke dalam kelas.

Riak wajahnya kelihatan tengah memaparkan rasa sedih. Dari pandangan aku lah. Tapi kenapa? Apa yang terjadi sebenarnya?

" Selamat pagi semua. "

" Selama pagi puan! "

" Ermm.. " Pensyarah itu menjedakan percakapannya, tidak sanggup ingin meneruskan apa yang ingin disampaikan.

Pensyarah itu memandang ke arah meja kepunyaan Jihoon yang berada di sebelah aku. Itu membuatkan aku dan yang lain turut memandang sama.

" Park Jihoon, dia tidak hadir kan harini? " soalan guru itu membuatkan beberapa pelajar termasuk aku mengangguk dan kembali memandang ke arah guru itu berdiri.

" Dia.. "

" Dia tidak hadir kerana meninggal dunia pada pagi tadi. Kondisinya teruk. Mukanya hancur dan ada gunting yang berdarah di sisinya. Polis tidak pasti sama ada itu merupakan kes bunuh diri ataupun orang lain yang lakukan. Jadi semua, saya harap kamu boleh mendoakan Jihoon tenang di sana. "

Bahu aku terhinjut sedikit akibat terkejut. Meninggal dunia? Biar betul?

Aku memandang sekeliling, yang lain turut terkejut. Aku tahu mereka tidak akan percaya akan hal itu kerana Jihoon merupakan seorang pelajar yang sangat friendly dengan yang lain termasuk pekerja - pekerja di universiti ini.

Ma-malam semalam baru sahaja kami berbual sambil ketawa melalui telefon masing - masing. Serba sedikit, aku turut tidak percaya.

Aku memandang ke luar kelas lalu berfikir sejenak. Aku reflek menutup mulutku kerana persoalan yang aku tertanya akhirnya terjawab.

Terima kasih, Park Jihoon.

masker crush : kim junkyu ✔︎Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ