09

215 42 124
                                    

Dengan langkah ceria, aku berjalan seperti seorang kanak - kanak, mendekati crush aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dengan langkah ceria, aku berjalan seperti seorang kanak - kanak, mendekati crush aku.

Kusyuk betul kau membaca. Comel lah hehe..

" Hello sayang! " bisiku perlahan betul - betul di tepi telinganya.

" Akh! "

Tiba - tiba belakang badanku terasa sakit. Namun itu tidak membuatkan aku memudarkan senyuman di wajahku.

Aku menegakkan badanku kembali

" Hei sayang.. Kyu ada bawakan coklat ni. Makanan kesukaan sayang kan? Ambilah. " ujarku dengan senyuman manis. Seplatik coklat cadbury bersaiz sederhana besar aku hulurkan kepadanya.

Penat - penat aku senyum kau tak ambil pun huluran aku..

" Erm.. Terimalah.. Jangan malu.. " ujarku kekok.

Dapat kulihat anak matanya mengerling kepadaku. Lawa betul mata dia, warna merah! Lain daripada yang lain lah hehe.

Aku membongkokan badanku sedikit. Anak matanya tepat aku tenung.

" Kau taknak ambil ya? Kenapa sayang? Takut makanan ni beracun? " soalku lembut.

Aku memandang ke arah lain sekilas lalu anak matanya kembaliku tatap.

" Ataupun.. sayang tak ada mulut nak makan? "

Aku menyoal ceria. Sekelip mata, senyuman yang ceria itu bertukar senyuman sinis.








▰▱

" Junkyu! Junkyu! "

Aku berhenti tersenyum sinis. Badanku kembali ditegakkan. Coklat yang aku pegang aku letakkan di atas mejanya.

Seterusnya, aku berpaling ke belakang kerana suara itu datang dari arah belakang.

" Kenapa? "

" Ada polis cari kau! " balas pelajar itu dengan muka cemas.

Oh, polis?

Baru nak datang cari aku? Haih, padahal sudah lama aku menunggu kedatangan mereka.

Nampak sangat aku ni pandai daripada mereka ya? Hehe.

" Junkyu? Kau ada buat salah apa - apa ke? " Seseorang bertanya dan aku langsung memandangnya. Aku sekadar memberikan senyuman yang tenang kepadanya.

" Aku rasa tak adalah. Kau tengoklah muka dia tu, tenang betul! "

" Eh betul juga.. "

" Junkyu..? "

Aku terpandang pintu kelas, ada beberapa orang anggota polis berjalan masuk dan menghampiri aku.

Siap sedia, aku terlebih dahulu menghulurkan kedua - dua tanganku ke hadapan.

" Yah Junkyu! Apa kau buat? "

" Jangan macam - macam Junkyu! "

Sampai sahaja di hadapan aku, salah satu anggota polis itu menggari pergelangan tanganku.

Aku sekadar tersenyum tipis melihat apa yang mereka lakukan.

Tidak aku sangka, inspektor yang aku berbual di rumah Jihoon haritu turut ada sama. Dia memandangku dengan pandangan seakan tidak percaya dengan kenyataan.

" Kim Junkyu, anda ditahan kerana terbukti menyimpan mayat seorang perempuan di dalam rumah anda selama dua tahun. Tolong ikut kami ke balai untuk membicarakan tentang ini dengan lebih lanjut. Dan maafkan saya, kemungkinan anda akan dihukum mati atas kesalahan yang anda lakukan. " ujarnya dengan nada tengah menahan kesedihan.

Ya, aku yakin dia sedih. Sebab selama ini aku baik dengan dirinya. Pasti dia memang tidak percaya dengan diriku yang sebenarnya.

" Terima kasih inspektor Hyunsuk. Saya bersedia untuk menerima sebarang hukuman yang akan saya dapatkan nanti. " balasku masih lagi tenang walaupun tidak dinafikan rasa gugup itu turut ada.

" Junkyu.. Kenapa dengan kau? "

" Aku sangka kau baik! "

" Serious aku tak percaya.. "

" Tolong katakan ini mimpi. "

Tidak semua, tidak! Aku memang jahat. Ya, aku memang.

Tapi aku jadi begini pun bersebab tahu tak! Dan korang tidak tahu itu..

" Boleh bagi saya masa sekejap? " soalku kepada inspektor Hyunsuk.

Tanpa berkata, dia mengangguk kecil.

Aku memandang semua kawan sekalas ku satu persatu. Senyuman manis aku hadiahkan kepada mereka semua.

" Korang jaga diri tau. Jangan jadi macam aku, pembunuh. " pesanku ikhlas daripada hati.

Hehe, tiba - tiba bawah mata rasa berat pula. Jangan menangis Junkyu. Kau kuat.

" Junkyu.. Kami akan rindukan kau walaupun kami tahu hal sebenar.. "

" Kalau betul kau dihukum mati, aku janji aku akan datang melawat kubur kau. "

Aku menggeleng perlahan lalu terkekeh kecil. " Tidak perlulah.. Aku tidak layak mendapat perhatian sebegitu daripada kalian. "

Sebelum betul - betul pergi, aku memandang ke arah Kyungmi.

Akhirnya, aku dapat melihat kau tersenyum manis selepas dua tahun.

Pasti kau akhirnya boleh tenang kan? Pasti kau gembira sebab perbuatan jahat aku akhirnya terungkap kan?

Aku rindu sangat dengan senyuman tu. Aku janji aku akan simpan gambaran kau tersenyum di dalam hati aku selamanya.

Lama - kelamaan, bayangan Kyungmi menghilang seperti debu.

" Always love you, masker crush. "





sabar sabar- belum habis tau! anyway sampai sini okay je kan? kalau ramai respon, sya akan update lagi sampai end lepas hw siap~

tapi author rasa pasti ramai bingung, kan? hehehe

masker crush : kim junkyu ✔︎Where stories live. Discover now