10

183 41 16
                                    

Aku membuang pandangan ke luar tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Redup sahaja langit hari ini.

Haish, bosan betul duduk di dalam wad ni. Tak boleh keluar sebab tangan aku digari di katil.

Kenapalah aku tidak dihukum gantung sahaja?

Dihari aku disoal siasat, aku jujur semua apa yang aku telah buat daripada mula sehingga akhir.

Dan kata mereka, aku ada penyakit tanpa aku sedari iaitu pesakit bipolar disorder.

Penyakit Bipolar ataupun Bipolar disorder adalah salah satu masalah mental yang mempunyai karakter mood yang sentiasa bertukar diantara kemurungan dan mania. Bukan itu sahaja, ia merupakan gangguan mental tanpa aku sedari yang membuatkan aku rasa diri aku normal.

Ibaratkan, mood aku memang selalu berubah. Dan aku tidak boleh mengawal itu tanpa aku sedar.

Lagi satu, pada mulanya mereka ingat aku ada dua personality kerana personaliti aku banyak kali berubah. Sekejap baik, sekejap jahat.

Tetapi kerana tidak cukup bukti.. Akhirnya, mereka mengatakan aku psiko kerana sanggup menyimpan mayat Kyungmi dalam jangka waktu yang sangat lama, sanggup membunuh Kyungmi kerana terlalu sayangkan dia dan sanggup mempergunakan Jihoon demi kebaikan diri sendiri.

Entahlah. Mungkin? Aku pun tidak pasti aku memang psiko ataupun tidak, hehe.

Jadi, disinilah aku. Ditempatkan di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan sehingga aku pulih sepenuhnya namun aku masih ditahan dan diperhatikan oleh pihak polis.

Aku sekadar menerima tanpa membantah. Aku tiada siapa - siapa lagi dalam hidup aku. Jadi, aku tidak mampu untuk membantah mahupun menolak.

Cumanya, aku berharap aku dapat hidup dengan lebih baik selepas ini.

Dan..

Aku berharap Kyungmi dan Jihoon tenang di sana.

Maafkan aku, korang.

Aku minta maaf sangat - sangat.

Aku sayang korang, tapi penyakit yang ada dalam diri aku membuatkan semuanya hancur.

Tiba - tiba, anak mataku menangkap sesuatu di penjuru wad.

Bayangan Jihoon dan Kyungmi mula muncul perlahan - lahan.

Aku tersenyum apabila melihat mereka tersenyum kepadaku. Mungkin, mereka sudah memaafkan aku.

Syukurlah..

" Selamat tinggal, Junkyu. "

" Selamat tinggal abang. "

Sejurus mendengar suara mereka berdua, bayangan mereka terus hilang daripada pandanganku.

" Selamat tinggal juga korang.. "

masker crush : kim junkyu ✔︎Where stories live. Discover now