12 , akhirnya berakhir

188 35 35
                                    

“ untuk kim junkyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“ untuk kim junkyu. terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai adik beradikmu. terima kasih kerana mencintai diriku yang tidak seberapa ini. maafkan aku kerana bersikap kurang ajar dengan
dirimu selama dua tahun. aku akan selalu sayang kau juga, kyu. ”

▬▭

kyungmi pov.

Akulah Kyungmi. Oh Kyungmi. Adik beradik angkat kepada Kim Junkyu.

Aku bersyukur sangat eomma appa dia mengambil aku sebagai anak angkat.

Tapi rasa bersyukur itu selalu bercampur dengan rasa serbasalah.

Aku perasan, sejak aku muncul eomma appa kurang melayan Junkyu. Mereka terlalu lebihkan aku sampaikan aku selalu melihat Junkyu mencederakan dirinya kerap kali.

Junkyu, aku minta maaf sangat - sangat. Aku tidak berniat..

Berbuih mulut aku berpesan kepada eomma appa untuk turut melayan kau dan menyanyangi kau kembali. Tapi, mereka tidak dengar. Aku pun tidak tahu mengapa mereka boleh sayangkan aku sampai begitu sekali.

Kadang - kadang, aku selalu rasa nak pergi daripada keluarga kau. Biarlah aku hidup tanpa eomma appa kembali, janji kau kembali mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada eomma dan appa.

Tapi tidak boleh, aku tersekat pada kondisi yang sama. Mereka berdua terlalu menjaga aku..

Tiga tahun berlalu, aku merasakan sikap kau semakin aneh demi hari ke hari. Kadang - kadang, aku berasa takut untuk berhadap dengan kau.

Sampaikan suatu hari, kau tiba - tiba mengajakku pergi ke suatu tempat.

Kau beritahu perasaan sebenar kau kepada aku.. dan membunuh aku tanpa sempat aku membalas apa - apa.

Semuanya berlalu sangat pantas.

Sangat pantas, Kim Junkyu.

Itu membuatkan aku tidak tenang.. Kau sebenarnya kenapa? Kau cakap kau sayang aku, tapi sanggup bunuh aku.

Kau rosakkan muka aku. Mulut aku sampai buruk gila kau tahu?

Disebabkan aku tidak boleh tenang selagi perbuatan kau terhadap aku tidak diketahui oleh orang lain, aku akan selalu berada dengan kau di dalam kelas. Mask selalu aku pakai agar pelajar lain tidak dapat melihat mulutku yang terlalu menyeramkan. Aku juga tidak boleh bercakap. Ianya memerlukan energi yang banyak.

Jadi, aku selalu tersenyum kepada mereka. Sekurang - kurangnya mereka tidak menganggapku terlalu sombong.

Kenapa aku tidak mengangguk kau atau  membalas dendam kepada kau sendiri? Tidak, aku tidak sanggup melakukan itu. Aku sayang kau sangat walaupun hanya sebagai adik beradik. Jadi maaf, aku tak cintakan kau.

Junkyu..

Kau tahu yang aku tak tenang, tapi kenapa kau tak serah diri! Dua tahun Junkyu, dua tahun! Aku marah Junkyu! Hati aku sakit sangat! 

Kadang - kadang aku syak kau ada penyakit atau gila, Junkyu.

Aku tidak mampu membalas dengan tanganku sendiri, tetapi aku boleh bongkarkan perbuatan kau. Namun ada syaratnya pula, aku perlu membunuh tiga orang terlebih dahulu. Dan orang terakhir itu dapat membantu aku.

Dan orang yang terakhir itu, Park Jihoon. Kawan baik kau sendiri Junkyu.

Aku tidak pasti kau sudah tahu atau memang belum tahu, yang aku akan membunuh sesiapa sahaja jika mereka bertanya 'kenapa selalu pakai mask?' ' kenapa muka kau selalu pucat?' 'kenapa kau langsung tidak bercakap?' 'kenapa kau selalu tersenyum' 'kenapa aku tidak pernah nampak kau makan' dalam satu masa.

Kau pergunakan kawan kau, Junkyu. Kau bodoh?

Tapi, itulah..

Aku berterima kasih sangat kepada Park Jihoon kerana menjadi mangsa ketiga untuk aku bunuh. Akhirnya aku boleh bongkarkan rahsia yang kai simpan dan pergi dengan tenang.

Maafkan aku Jihoon, aku terpaksa.

Dihari mana tangan kau digari, itulah hari dimana aku berasa sangat bahagia.

Aku tidak kisah mereka ingin memberi hukuman apa - apa pun, janji apa yang kau simpan selama ini terbongkar.

.

Aku dan Jihoon, kami sama - sama melawat kau di wad. Rupa - rupanya, kau ada penyakit. Pasti itu punca utamanya aku kan? Jadi, aku memaafkan segala apa yang kau lakukan.

Jihoon pun, dia turut maafkan kau juga. Kau sepatutnya bersyukur kerana ada kawan baik seperti Jihoon. 

Kami pergi dahulu Junkyu. Terima kasih atas segala memori yang kau berikan sebelum ini.

Dan teruskan hidup, Kim Junkyu. Semoga hari - hari seterusnya kau akan bertambah baik dan membuatkan kau tersenyum hangat kembali.



















akhirnya berakhir.

untuk semua para pembaca, saya minta maaf banyak -banyak jika fanfic ini kurang memuaskan dan membuatkan anda stres.

kalau anda masih tidak faham, nanti akan ada chapter untuk penjelasan okay? jangan risau!

terima kasih kerana membaca!♡
lagi - lagi for siapa yang vote dengan comment tu! ^^

ehem, nak promote sekejap-
author ada juga tulis fanfic jaehyuk, yedam, junghwan dengan hajeongwoo's friendship. hope you can support my other fanfic too!

anyway saya tak sanggup nak buat sad  ending untuk junkyu. dia terlalu comel :-D tapi kalau anda nak marah dia, marahlah. sangat dialu - alukan. sampai hati dia bunuh jihoon yang tidak bersalah.

masker crush : kim junkyu ✔︎Where stories live. Discover now