11

195 39 60
                                    

" untuk oh kyungmi, terima kasih kerana hadir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" untuk oh kyungmi, terima kasih kerana hadir. terima kasih untuk segalanya. maafkan atas segala perbuatan tidak menyenangkan yang aku telah lakukan. i will always love you, a masker crush. "

warning : triggered, kill, hate.

▬▭

Lima tahun lalu, eomma appa telah mengambil anak angkat yang sebaya denganku. Kata mereka, itu kerana eomma tidak boleh melahirkan zuriat lagi atas sebab tertentu.

Kata mereka lagi, biar aku ada peneman. Dia anak yatim piatu. Aku tidak kisah, tetapi kenapa perempuan?

Lama - lama, aku terbiasa dengan kehadiran dia.

Kadang - kadang, dia suka panggil aku dengan panggilan 'abang'. Katanya kerana nampak comel. Hehe..

Beberapa bulan selepas itu, tiba - tiba aku rasakan aku meminatinya dalam diam. Ya, aku bodoh sebab minat dengan adik beradik angkat.

Terlalu bodoh sampaikan kelamaan aku jatuh cinta teruk dengan dirinya.

Dia selalu buat baik dengan aku, teman aku, tolong aku. Tambahan pula, wajahnya sangat cantik. Jadi itulah mengapa aku makin jatuh dengan dia dan tanpa aku sedari aku terlalu obses dengan dirinya.

Namun, eomma appa selalu lebihkan dia daripada aku. Mereka sampaikan selalu lupa aku ada. Mereka lupa yang aku anak kandung mereka.

Jadi, aku menyimpan dendam sedikit terhadap Kyungmi. Sayangnya, obses aku terharap dirinya tidak pudar dan terus mengalir.

Tiga tahun selepas itu, aku berasa aku memang betul - betul dipinggirkan dan dalam masa yang sama, aku makin obses dengan Kyungmi walaupun sebab dia aku tersisih.

Jadi, aku membuat keputusan untuk membunuhnya tanpa disedari oleh orang lain.

Suatu hari, aku mengajaknya ke suatu tempat.

" Kyungmi, nak tahu tak? Aku sebenarnya jatuh cinta dengan kau. "

" Tapi, sejak kehadiran kau dalam keluarga aku, membuatkan aku tersisih sangat. Padahal dahulu eomma appa selalu layan aku. Tapi itulah, aku tetap sayang kau kerana kau terlalu berharga bagi aku. "

" Junkyu.. "

" Aku nak kekuarga aku kembali sayang dan peduli dekat aku. Tapi dalam masa yang sama aku tak boleh halau kau.. Jadi izinkan aku simpan kau buat selama - lamanya boleh? Tanpa yang lain tahu. Biarlah kau menghilang daripada kehidupan eomma appa, asalkan kau selalu dengan aku. "

Dan iya, aku terus membunuhnya selepas itu. Bagaimana aku bunuh? Aku bunuh dengan memutuskan urat nadinya menggunakan gunting. Aku membunuh tanpa diketahui yang lain. Pandai kan aku?

Ketika itu, aku pasti jiwa psiko aku datang mengawal diriku untuk melukakan dia lebih lagi walaupun dia sudah tidak menyawa.

" Gunting mulut dia! Kau gunting! Sebab dia selalu tahan daripada menyuruh eomma appa untuk melayan kau juga! Tanpa kau sedar, dia selalu cerita buruk tentang kau dekat eomma appa. Dia sengaja rebut kasih sayang kau! Jadi gunting mulut dia sampai tiada rupa! Buat Junkyu! Buat! "

" Heheh bagus Junkyu. Kau hebat. "

" Sekarang, lukakan muka dia juga. Ia akan membuatkan kau lebih rasa berpuas hati. Dan barulah kau boleh simpan dia untuk selamanya. Kau sayang dia kan? "

Ya, aku membuat semua itu. Tapi itu ketika aku tidak sedar. Aku memang tidak sedar jiwa psiko muncul dalam diri aku.

Oleh kerana kepintaran aku dalam membuat sesuatu yang berkaitan binaan, aku membuat bilik rahsia di dalam rumah kecilku. Jadi, aku sorokkan Kyungmi di sana.

Dua tahun. Dua tahun aku simpan dia. Memang gila. Tapi aku tidak gila untuk melihat dirinya. Aku tahu mayatnya pasti sangat reput. Jadi, aku sekadar bercakap dengannya di hadapan bilik tanpa masuk ke dalam.

Sempat juga, eomma appa menunduh aku atas kehilangan Kyungmi kerana kali terakhir Kyungmi bersama aku. Tapi itulah, aku bijak sampai tiada siapa tahu dan kes itu ditutup.

Aku sangkakan eomma appa akan kembali melayani aku dengan baik, namun sangkaan aku sangat jauh sekali.

Mereka semakin mengabaikan aku sehinggalah suatu hari mereka meninggalkanku. Ya, meninggalkan aku selamanya. Tapi itu bukan kemalangan yang aku buat, aku tidak terlalu bodoh untuk membunuh makayah sendiri.

.

Sehinggalah aku pindah ke universiti lain, roh Kyungmi selalu mengikuti aku kemana aku pergi.

Dia munculkan diri dia di dalam kelas bagi semua orang dapat melihat dirinya sambil mengenakan mask di wajahnya selalu. Takkanlah dia nak tunjuk mulutnya yang digunting aku, kan?

Jujur, aku tidak takut. Kenapa? Aku lagi rasa gembira sebab itu membuatkan aku merasakan dia masih hidup.

Jadi, aku masih menganggap dia sebagai crush aku. Masker crush. Kerana dia selalu memakai mask. Jadi totalnya, lima tahun aku meminatinya.

Tapi, kadang - kadang aku rasa serbasalah juga. Rohnya pasti tidak tenang. Pasti dia sangat marah dengan aku. Jadi sebab itu dia masih munculkan diri selama dua tahun lamanya.

Padahal dia baik, memang baik. Dia selalu pesan kepads eomma appa untuk turut melayani aku. Dia juga selalu ceritakan tentang hal baik yang aku lakukan kepada eomma appa. Aku memang sedar itu. Cuma dibutakan oleh diri aku yang lain. Kenapalah dia perlu muncul.

Jadi kesimpulannya, pasti korang faham kenapa ada orang tanya mengapa mukanya pucat, mengapa dia selalu mendiamkan diri dan mengapa dia selalu memakai mask.

Dan, matanya juga berwarna merah itu.. Hanya aku yang boleh melihat. Itu kerana matanya berdarah, padahal mata aslinya berwarna coklat.

.

Aku nampak kau senyum! Lawanya..

Akhirnya kau boleh tenang. Hehe.

Aku tahu aku bodoh sebab tidak serah diri. Tapi tidak mengapalah, aku bahagia sangat sebab kau akhirnya boleh tenang. Ini yang kau mahukan selama ini, kan?

Sebulan berlalu, hukuman gantung tidak dikenakan atas alasan aku mempunyai penyakit.

Patutlah aku rasa macam diri aku dikawal banyak kali. Mood aku juga sering kali berubah.

Kenapa kau tidak menyedari itu Junkyu?

Bersyukur sangat, mereka memberi peluang kepada aku untuk pulih dan menjadi orang yang baik selepas ini.

Aku tidak akan sia - siakan harapan mereka. Jadi, aku akan cuba bantu diri sendiri juga.

Harini, Kyungmi dan Jihoon datang.

Mereka memberi aku sebuah senyuman sebelum pergi buat selamanya.

Terima kasih Park Jihoon kerana menjadi kawan baik aku dan memaafkan kesalahan aku.

Terima kasih juga buat Kyungmi kerana sudi memaafkan aku dengan senang hati.

Sampai berjumpa kalian berdua di kehidupan selanjutnya sambil masing - masing tersenyum gembira.

masker crush : kim junkyu ✔︎Where stories live. Discover now