04

230 45 57
                                    

Di dalam bilik Park Jihoon, terlihat ada beberapa orang tengah menyelidik kasus kematian Jihoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dalam bilik Park Jihoon, terlihat ada beberapa orang tengah menyelidik kasus kematian Jihoon.

Aku turut berada di sini kerana ingin mengetahui punca sebenar kematian kawan rapat aku.

Daguku dipegang sambil melihat sekeliling bilik Jihoon. Jika dilihat, memang biliknya rapi sangat. Tiada langsung tanda - tanda ada orang masuk ke dalam biliknya melalui tingkap atau apa.

Tadi aku sudah bertanya kepada salah satu inspektor, dia beritahu memang tiada jejak orang lain masuk ke dalam sini dan mereka hampir membuat keputusan yang Jihoon membunuh diri.

Namun, mereka kurang meyakini itu kerana tiada juga tanda - tanda atau bukti yang hidup Jihoon bermasalah.

Eomma appa Jihoon juga ada beritahu bahawa anak mereka baik - baik sahaja dan aku langsung percaya.

Memang tidak salah, Jihoon memang baik, baik sangat.

Aku yang jahat sebenarnya.










▰▱

" Kim Junkyu? "

Senyuman miring di wajahku, aku terus hilangkan secepatnya. Orang yang memanggilku, aku pandang.

" Ah ya tuan? "

" Ini telefon Jihoon. Jadi saya ingin bertanya jika kamu mengetahui password telefonnya. "

Aku mengangguk. Aku tahu kerana baru sahaja semalam Jihoon ada bagitahu password telefonnya tanpa dipinta. Aku rasa mungkin dia dapat rasa dia akan pergi.

" Kalau macamtu, boleh tolong saya bukakan? Mahu dilihat jika ada bukti yang terdapat dalam telefonnya. "

Sekali lagi, aku mengangguk

" 14032001. Itu passwornya. " ujarku tenang.

" Terima kasih. "

Senyuman tipis aku berikan kepadanya.

" Erm encik. Cuba tengok ini. " Inspektor itu menghulurkan telefon Jihoon kepadaku. Aku pun mencapai tanpa berkata sepatah pun.

kyu !

today, 06:05 a.m.

wei junkyu!
unsend

kenapa aku rasa seram semacam je sekarang?
unsend

rasa macam ada benda buruk akan berlaku nanti..
unsend

serious aku takut sangat sekarang
unsend

aduh! kenapa mesej tak boleh send pula ni? internet laju je. haish seram betul!
unsend

junkyu..
unsend

kenapa dia datang sini? macam mana..
unsend

say goodbye to your friend
send

Mata aku membulat. Dia ada mesej aku? Tapi memang betul, mesej dia tidak terhantar dan hanya mesej yang terakhir aku dapatkan secara tiba - tiba.

Itupun, aku membaca mesej itu ketika sudah mengetahui kematian Jihoon.

Aku memandang inspektor yang berada di sebelahku.

" Encik dah baca kan? Jadi kenapa mesej yang dia hantar begitu dan mesej terakhir itu macam bukan dia yang hantar? Saya dapat rasakan ada orang yang bunuh dirinya. Nanti saya akan berbincang dengan yang lain semula. "

" Saya tidak tahu.. Sebab saya hanya dapat mesej terakhir sahaja. Itupun saya baca selepas tahu kematian dia. " balasku separuh jujur, separuh tidak.

Sah, memang sah kau meninggal sebab aku.

masker crush : kim junkyu ✔︎Where stories live. Discover now