Bab 2

29 1 0
                                    


"Assalamualaikum mummy! Tengok siapa datang ni" Hayra yang sedang memasak jenguk keluar dari dapur.

"Waalaikumsalam Ya allah, Dhiaaa!" Dhia tersenyum dan lari memeluk Hayra. "Mummy gan daddy apa khabar, sihat?"

"Sihat alhamdulillah Dhia gan mama sihat?" Dhia tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

" Haih mummy lupa dah ke anak laki dia ni? " Terus dua orang perempuan itu pusing melihat Harraz yang masih berdiri di hadapan pintu.

" Haah dah muak dah tengok muka kamu setiap hari" Harraz hanya mencebik apabila mendengar gelakan Dhia.

" Taknak kawan"Harraz masuk dan menyalam tangan Hayra.

" Takpe jom kita kawan dua" Dhia masih dengan sisa ketawanya menyiku tangan Harraz.

"Baik aku kawan dengan muezza"
Harraz naik ke atas dengan menggalas beg berwarna kelabu.

"Ceh, belagak, pergi la kawan dengan kucing gemok kau tu" Harraz hanya mengajuk cakap Dhia sambil memanjat tangga.
 
"Mummy masak apa? Sedapnya bau" kepala Dhia mengintai masakan Hayra. "Biasa-biasa ja, letak beg kamu mari tolong mummy"

" Okey"

_______________________________________

Tok...tok...tok

"Wahai hamba Allah, sila laa turun makan sekarang" Harraz yang sedang bermain telefon di atas katil memandang ke arah pintu yang diketuk. Kenal sangat dengan suara yang memanggilnya itu.

" Pandai pulak kau ketuk pintu, sebelum ni redah masuk je" Harraz turun dari katil dan menuju ke arah pintu.

" Eh kau ni aku ketuk salah, aku tak ketuk salah" pintu dibuka dan muncul susuk tubuh Harraz.

" Ni kau merempat dekat sini ke malam ni" dengan selamba badaknya Harraz bertanya. Dhia menjeling tajam ke arah Harraz.

"Biarlah rumah aku jugak" lalu Dhia turun meninggalkan Harraz.

Tanpa sedar, bibir Harraz menguntum satu senyuman kecil beberapa saat lalu cepat-cepat dia beristighfar apabila tersedar. Harraz menutup pintu biliknya dan turun mengikuti langkah Dhia.

Di meja makan terdapat Fayyad dan Hayra yang sedang menghidang makanan.

"Mummy, Haura mana my?" Dhia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan kerusi Harraz.

"Oh Haura pergi rumah kawan dia tadi petang. Sekejap lagi balik la tu."
Dhia mengangguk dan mencedok nasi ke dalam pinggan. Haura adik kepada Harraz yang berumur 17 tahun beza  3 tahun daripada Harraz.

"Dhia gan Harraz okey belajar?" Fayyad bersuara sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

"Okey ja daddy, alhamdulillah masih boleh bertahan" jawab Harraz dan Dhia jatuhkan kepalanya tanda bersetuju.

"Assalamualaikum ya ahli syurga!" Tiba- tiba pintu dibuka dengan kasar.
Terkejut habis manusia di dalam rumah itu.

" Ya Allah kamu ni cuba buka pintu bagi elok. Tercabut jugak pintu tu boleh dekat kamu, haih" Fayyad hanya menggeleng kepala melihat telatah anak perempuannya itu.

"Sorry la mummy, Hau- eh Kak Dee!" terus melempar beg tangannya ke atas sofa dan memeluk Dhia.

"Haura! Rindunya akak dekat Haura"
sambil membalas pelukan itu.

"Erm lama tak jumpa" pelukan dileraikan dan Haura melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan dengan Dhia.

Harraz membuat muka apabila melihat drama depan matanya itu." Macam tak jumpa setahun" dengan nada yang agak menyakitkan hati.

" Biarlah sibuk je"

"Sudah sudah, makan dulu. Tak baik bergaduh depan rezeki." Mereka mula memakan dengan suasana yang senyap.


1| DHIA ALEXANDRAWhere stories live. Discover now