Bab 8

10 0 0
                                    

Selesai sahaja kelas, Harraz terus berjalan pergi ke kelas Dhia untuk berjumpa dengannya.

"Weh Aulia!" Harraz terus berlari apabila ternampak Aulia berjalan keluar dari kelas.

Terjenguk-jenguk kepala Harraz mencari susuk tubuh yang dia ingin jumpa apabila sampai di hadapan Aulia.

"Eh, mana Dhia?" tanya Harraz apabila tidak menjumpai Dhia walaupun semua siswa dan siswi sudah keluar dari kelas.

"Hm, harini Dee tak masuk lagi kelas. Try kau cari dekat taman library. Selalunya dia lepak situ kalau mood swing".

"Mood swing? Kenapa?" Berkerut dahi Harraz. Dah la kemarin Dhia tidak datang pastu tak inform apa-apa dekatnya. Ni tetiba mood swing.

"Ada la tu, mungkin sebab mama dia ka? aku pun tak sempat lagi nak soal selidik minah tu" Harraz tergelak kecil.

" Okey lah, aku pergi cari dia jap. Thanks tau"

"Yash shayangggg!"

Langkah Harraz menjadi lebih cepat tanpa menoleh ke belakang apabila seseorang memanggil namanya atau lebih dikenali sebagai Rykarl Adryan.

"Woi! Aku panggil kau kan"

"Dak dak, aku tak kenal siapa Yash nama aku Harraz" tersengih Rykarl apabila mendapat jelingan tajam dari Harraz.

"Hehe, takmo marah-marah. Yash tu nickname aku bagi kat kau, dah jom pergi makan"

"Takpa lah, kau pergi la makan dulu, tu ajak Aulia. Aku nak pergi cari Dhia jap" masam muka Rykarl mendengar itu.

" Hm, takpalah kita ni siapa la nak ajak dia makan sekali" mata Harraz menjuling ke atas. Dah biasa sangat dah dia layan perangai sahabatnya sorang ini yang kuat berdrama.

"Gi mati, dah bye" terus Harraz pergi dan lesap dari pandangan Rykarl yang masih bermasam muka.

"Kurang asam punya membe. Dia suruh aku pergi mati, haish" dalam keadaan bercekak pinggang, Rykarl terpandang Aulia yang masih berada di hadapan kelas bersembang bersama classmatenya.

Laju saja kaki Rykarl menuju ke Aulia dan menarik lengan baju Aulia. "Dah dah la tu sembang, jom teman aku makan. Ada membe pon pergi dekat awek"

Terpinga-pinga Aulia yang ditarik oleh Rykarl itu. Dia memandang ke belakang "Byee! Nanti kita sembang lagi tau" dan kembali memandang ke hadapan atau lebih tepat ke arah Rykarl yang sedang menarik lengan bajunya sambil berbebel sesuatu.

'Dia tarik aku macam tu je'

_______________________________________

Dhia hanya duduk di atas bangku melihat keindahan alam di taman itu sambil mendengar muzik melalui airpods.

Dia memejamkan matanya apabila angin sepoi-sepoi memukul lembut pada wajahnya. Sungguh tenang minda dan fikirannya yang tadinya agak serabut kesan daripada pergaduhan dengan mamanya pagi tadi.

Tersentak Dhia apabila ada tangan yang mengambil airpods dari telinga kanannya. Laju saja dia mengangkat wajahnya.

"Assalamualaikum, hye buat apa dekat sini sorang-sorang. Tak takut ke ada benda datang teman"

Mengecil matanya melihat lelaki di sebelahnya itu. "Waalaikumsalam haah, tak takut pun sebab memang dah ada jembalang yang datang teman pun"

Harraz tersenyum sampai menampakkan lesung pipit di pipinya. Terus saja Harraz melabuhkan punggungnya di bangku yang diduduk oleh Dhia tetapi ada jarak di antara mereka.

Lama mereka berdiam sampai Harraz mula bersuara. "Erm, Dhia"

"Apa?" Dhia memandang Harraz menunggu ayat seterusnya daripada mulut Harraz.

"Aku nak minta maaf tau pasal kejadian dekat pantai hari tu" perlahan saja suara Harraz. Dia tidak malu atau ego untuk meminta maaf kerana sikap itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Dhia yang tadinya muka serious terus  gelak mendengar kata-kata Harraz itu. "Haih, kau ni. Aku ingat apa la tadi, aku okey ja dho. Aku faham sebab kau buat macam tu. Aku pun minta maaf sebab buat kau tak selesa" ucap Dhia sambil memandang kakinya.

"Takpa, aku faham kau nak tempat luahan perasaan kau. Aku dah kenal kau lama Dhia. Kalau kau terpesong dari jalan yang benar, aku janji dengan diri aku yang aku sendiri akan bimbing kau"

"Aww, sejak bila kau jadi sweet ni? Baik dho" kata Dhia sambil tersenyum ke arah Harraz.

"Aku memang dah lama romantik, kau je yang tak tahu"

"Acah ah lebih. Dah jum makan, lapo"
Dhia bangun dari duduknya sambil memusingkan sedikit badannya.

" Dah jom" Harraz bangun dan terus mengambil cap hitam yang dipakai oleh Dhia dan meletakkan di kepalanya.

"Hoi, selamba badak kau ja ambil" Harraz hanya mengabaikan kata-kata Dhia dan meneruskan langkahnya.

"Hish mamat ni" Dhia berjalan laju sehingga dapat mengejar langkah Harraz.

"Anyways, thanks" kata Dhia tanpa memandang wajah Harraz.

Bibir Harraz mengukir senyuman kecil "your welcome babe" perlahan sahaja Harraz menyebut perkataan last itu.

1| DHIA ALEXANDRAWhere stories live. Discover now