Bab 3

23 1 0
                                    

 
Semua ahli keluarga Harraz termasuk Dhia berada di ruang tamu kerana Hayra dan Fayyad suka meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan sesuatu aktiviti.

"Mama kau tahu ke yang kau tidur sini?" Harraz memandang Dhia yang berada di sofa sebelahnya. "Tahu, aku dah chat dah tadi"

Hayra dan Fayyad tahu mengenai masalah keluarga Dhia. Hayra sudah menasihati Damia tetapi dia tetap menyalahkan Dhia sebagai punca suaminya meninggal.

"Ha kamu Haura nanti nak sambung belajar dekat mana?" tanya Hayra.

"Erm uni akak dengan abanglah"

"Eh kau menyibuk ja, pergi belajar dekat lain" bidas Harraz

"Ceh, Haura tak tanya abang pon lah, akak okey je kan? " Haura memegang tangan Dhia sambil mengedipkan matanya.

"Okey ja tapi nanti bila Haura masuk, kitaorang mana ada dah dekat situ" Dhia tersenyum melihat wajah Haura yang mula muram.

"Alaaa, erm mummy nanti Haura nak ikut akak Dee lah pergi sambung belajar"

" Ikut la Haura, asalkan kamu happy" Haura terus bersorak gembira mendapat izin dari mummy daddynya.

Dhia hanya tersenyum kelat melihat kegembiraan keluarga itu. Dia tetiba rindu akan kasih sayang daripada keluarganya sendiri

_______________________________________

Flashback..

"Happy Birthday Dhia sayang! Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. May Allah bless you always"

Dhia tersenyum lebar dan memeluk leher Damia dan Alex. "Thank you mama papa! Dhia happy sangat, mama papa hiks ..hiks.." percakapan Dhia terhenti apabila air matanya jatuh mengalir.

" Hey baby, what wrong? Why are you crying, hm?" Alex dan Damia meleraikan pelukan Dhia dan memandang wajah Dhia yang basah dek kerana air mata.

" Mama papa jangan tinggal Dhia tau, Dhia sayang mama papa" Dhia kembali memeluk mereka.

Alex dan Damia tergelak kecil melihat wajah Dhia yang comot dengan air mata itu.

"Insyaallah, mama dengan papa takkan tinggalkan Dhia. Dhia kan satu-satunya puteri kami, takkan kami nak tinggal budak comel ni" Alex dengan lembut memujuk anaknya dengan menggosok belakang Dhia.

"Dah takmo nangis, tak comel nanti" Damia mendukung Dhia dan menuju ke meja makan.

Tangisan Dhia terhenti apabila melihat kek coklat dan makanan yang lain berada di atas meja.

"Cepat tiup lilin tu"

Dhia memejam mata dan meniup lilin dengan perasaan yang gembira.

"Where my bear?"  Dhia mengedip matanya berkali-kali.

Alex menepuk dahinya kerana terlupa membeli bear yang diminta seminggu yang lalu oleh Dhia.

"Erm sayang, sorry okey? Papa lupa but I buy you a new present."

" Dah makan dulu, nanti kita buka hadiah"

Seusai makan, Dhia terus berlari ke ruang tamu diikuti Damia dan Alex mendapatkan kotak hadiahnya.

"Cepat buka"

Dhia menarik tali dan kotak itu terbuka. " Wah, new dress"

Walaupun bukan itu yang Dhia mahu tapi dia cuba untuk mengawal riak wajahnya agar menjaga hati orang tuanya.

"Thank you ma pa, i love you"
Dhia memegang dress dan berlari ke Damia dan Alex lalu memeluk mereka.

1| DHIA ALEXANDRAWhere stories live. Discover now